11.11.11

111111

Saja je nak ikut trend post tarikh ni...

Bagi orang lain, mungkin hari nikah diorang, mungkin hari dapat ahli keluarga baru (anak, menantu) dan lain-lain peristiwa yang istimewa.. tapi bagi aku tak ada yang istimewa sangat... cuma tadi dapat makan sarapan dengan tengahari free je lah... kalau ada sampai makan petang pun lagi bagus.. hehehe... terima kasih lah pada yang belanja...

Tapi cuba taip 111111 kat laman enjin pencarian Google, lepas tu tekan image... tak senonoh gak nombor 111111 nih.. haish..



6.11.11

Steve Jobs

Ini bukan Steve Jobs.. ini Dennis Ritchie.. marah benor nampaknya...


Assalamualaikum...

Aku sebagai pengguna Linux (dan kebanyakan pengguna Linux rasanya), ada pandangan yang berbeza tentang individu ini (Steve Jobs)... marketing memang padu.. tapi apabila dilihat dari pulangan balik kepada komuniti.. kurang sikit...

Dia buat aplikasi, dia jual... sama macam makcik jual nasi lemak kat depan taman perumahan aku juga... dia buat nasi lemak, dia jual... agak-agak ada rasa tak sedap sikit, komplen... untung-untung dia bagi baru, kalau tak, dapat senyum jelah.... cumanya makcik tu tak claim yang nasi lemak tu ciptaan dialah..

Ramai yang sibuk buat tribute kepada Steve Jobs.. Dennis Ritchie apa cerita?? berapa ramai yang tahu dia dah meninggal hanya beberapa hari selepas Steve Jobs meninggal?? banyak sistem, aplikasi bergantung pada hasil kerja Dennis Ritchie... yang aku dok sibuk-sibuk canang nama Dennis Ritchie ni, korang tau tak siapa dia?? Google kan ada.. takkan semua nak bersuap...

Bill Gates?.. Tunggu dia meniggal nanti baru nak canang nama dia... itu pun kalau dia meninggal dululah...

Lagi satu... yang aku dok sibuk nak post kat blog pasal benda ni petang-petang raya ni apahal???? Maaflah kalau ada yang terasa rugi 1 minit dari masa kamu orang yang baca post ni.. aku tak suruh pun...


p/s
Cuba cari cerita Pirates of Silicon Valley.. Bill Gates digambarkan sebagai orang yang nakal sedikit... hehehe... kalau nak yang pirate punya dalam format .avi aku ada...

6.8.11

Ramadhan

Assalamualaikum...

Amacam puasa kali ni? Ibadah ada up sikit ke dari yang lepas-lepas?

Dah masuk 7 hari dah puasa, satu pasar/bazar Ramadhan (param) pun aku tak terjah lagi, jenguk dari dalam kereta je... nafsu nak jalan-jalan beli juadah kat param tak timbul lagi...

Lagi-lagi dekat Lembah Kelang ni... susah nak parking... dan masa aku dok jenguk-jenguk dari dalam kereta tu, yang berlegar-legar kat param tu pun dah macam nak pergi disko dah aku tengok... yang sendat, tipis, dedah, semua ada... haish...

Ramadhan kali ni aku masuk into scene buka puasa kat masjid, Masjid Darul Ehsan, SS15, Subang Jaya, dekat dengan tempat tinggal aku sekarang...

Keluar dari ofis lebih kurang pukul 5.45 petang, terus ke masjid, tak balik rumah dulu, aku malas nak naik tangga rumah sewa aku yang tingkat 5 tu... bawak kain dan ketayap siap-siap... biasanya 6.30 - 6.45 aku dah sampai masjid, kalau ikutkan pukul 6 dah boleh sampai.. tapi biasalah jalan agak sesak sikit...

Untuk hari pertama dan kedua, aku i'tikaf je dalam masjid tu, hari ketiga, Allah buka hati aku untuk baca Al-Quran... ada part yang lancar, ada part yang merangkak... banyak lagi kena belajar sebenarnya.. kalau setakat kita pernah khatam 2-3 kali masa kecik-kecik dulu, dan Surah Yasin tu dah lancar kita baca sebab tiap-tiap minggu kita baca masa malam Jumaat, cuba baca balik dari Surah Al-Baqarah masa dah berumur ni, tengok macam mana dia punya pergi....

Untuk buka puasa pulak, di masjid ni buka dengan 3 biji kurma dan air mati je dulu, lepas tu solat Maghrib.. lepas solat baru makan berat... makan dalam talam kongsi 4 orang... dan nasi serta lauknya memang banyak.. bagi aku dah cukup mewah.... itu hari malam Jumaat siap jamu nasi beriani lauk daging tu... mungkin sebab masjid ni terletak di kawasan orang-orang yang berada kot...

Dekat masjid ni bukan setakat melayu je, orang-orang dari luar negara pun ramai, dari Arab, Pakistan, Kazakhstan, dan dari negara tan-tan yang lain.. muka macam orang Mongolia pun ada.... rata-rata mereka pelajar dari kolej-kolej yang berdekatan dengan Subang Jaya ni seperti Segi, Taylor's, Sunway College, Inti dan lain-lain lagi...

Lepas makan, ada kuliah Maghrib.. jadi masa tu terisi sampai solat 'Isyak.... Solat Tarawih kat sini buat 20 rakaat... Imam Al-Hafiz.... jadi qiamnya lama sikit... tapi aku buat lapan je.... pukul 10 lebih baru habis... kalau 20 rakaat, mungkin pukul 11 lebih baru habis...

Sahur pun aku makan ringan-ringan je... roti dan buah.. setakat ni puasa tu takdelah letih sangat lagi....

Setakat ni itulah rutin puasa aku dekat Lembah Kelang ni, akan-akan datang tak tau lagi... moga-moga dipermudahkan.... InsyaAllh... dulu pun aku pernah puasa di rantau orang ni, masa belajar dulu dekat area Serdang dan Taman Maluri, Cheras... tapi beza sangat dengan zaman sekarang... feel dia lain... susah nak terangkan...

Jadi sempena bulan puasa ni, kalau ada aku buat salah dan dosa kat siapa-siap tu, harap ampunkan lah ye...

nota kaki lenguh...
kaki masih lenguh lagi... jalan raya sesak awal pulak masa bulan puasa ni...

23.7.11

progres hidup

"Hari ini lebih baik dari hari semalam", majoriti pernah dengar ayat ini rasanya... kan?

Statik dan kehidupan apabila bersama adalah sama dengan bosan... betul tak?

Hidup ni kena ada progres... anjakan paradigma, dinamik, tak kisahlah apa pun terma yang mahu digunakan... tapi mesti sentiasa ada perubahan...

Aku adalah salah seorang pengguna jalan raya yang MEMBAYAR CUKAI JALAN yang jarang berperang dengan kesesakan lalu lintas....

Tapi untuk dua minggu lepas dan lebih kurang tiga bulan akan datang, aku akan rasa apa yang warga kota dok rasa tiap-tiap hari... kesesakan lalu lintas, parking tak payah tarik hand break, parking kena bayar, beli stok keperluan harian banyak-banyak sekaligus dan macam-macam lagi...

Jadi, apa perubahan yang aku dah lalui sekarang ini? Kahwin? Err.. belum, apakan lagi menimang anak...

Sekarang ni aku boleh baca buku sambil memandu... hah? amacam??

Aku tau ramai dah terer benda ni... tapi bagi aku, inilah dia progres hidup aku sekarang...

Dalam masa dua minggu ni, dua buah buku aku habiskan dalam kereta, sambil memandu... err secara literalnya bukan sambil memandu tu bermaksud sambil kereta tu bergerak, tapi masa kereta tu statik sebab kesesakan lalu lintas...

Ya, disaat kerta itu statik, aku pula progres.. hehehehe... buku yang aku baca pun jenis santai-santai sahaja, tak perlu kosentrasi yang tinggi...

Tahap stres pun dah menaik rasanya ni... tapi membaca itu adalah perlakuan yang boleh turunkan tahap stres aku...

Syukur rasanya dapat bekerja di kawasan kampung...


nota kaki lenguh...
lenguh kaki beb, kereta manual, aku dah berkira-kira nak bawa motor sekarang ni... dan itu Septic Flesh - The Great Mass sangat lazat....

13.7.11

apa nak jadi ni.. hah?


Baru sehari tinggal dekat kawasan Lembah Kelang, aku dah demam...

Sistem imunisasi aku yang lemah ke atau Lembah Kelang punya kadar pencemaran memang teruk?

31.5.11

Lembaga buat perangai

Mulai hari ni saya akan buat benda-benda ni sempena menyambut cabaran kerajaan..

  • basuh baju pakai kuasa tangan
  • berak tengah malam bawak lilin
  • masuk tidur awal
  • pakai kipas angin berdiri kalau panas... letak besen yang ada air depan kipas, baru ada sikit perasa penyaman udara... kipas siling banyak pakai letrik
  • baju kerja lepas basuh tak payah perah - rendam, angkat, lepas tu terus jemur pesen gantung-gantung..gi kerja tak yah gosok... (masa sekolah asrama selalu buat ni.. senang sikit kalau ada pengalaman)
  • agak-agak tak boleh jimat gak, bikin khemah depan rumah... tinggal kat situ je
  • siapa-siapa yang ada cara lain bolehlah bagi tahu kat saya...

Lembaga Letrik Negara memang perangai lembaga.. tukar namapun sama jugak perangai dia...

Sekian, terima kasih.

11.5.11

Kematian akibat Napalm



Esok isi borang cuti.

Esok roger-roger siapa-siapa yang ada tiket early bird.

Esok juga buat senaman leher... kehkehkeh

Tak jemu brader-brader ni datang sini. Bagus-bagus.

8.5.11

Untuk Ibu



Helai Rambut Memutih
Jemari Bergetar

Tatap Matapun Lelah


Dan Bila Kaki Melangkah

Semakin Perlahan

Tak Pernah Kau Merasa Letih


*

Malah Senyum Lembutmu

Tetap Kau Berikan
Dari Waktu Ku Ditimang

Hingga Sampai Saat Ini

Reff:

Begitu Banyak Cinta Kau Taburkan

Lebih Dari Bintang Di Langit

Begitu Luhur Ilmu Kau Tanamkan

Mengisi Jiwaku
Untuk Bekal Hidup Ini


Begitu Dalam Laut Di Samudera

Sedalam Perhatian Untukku

Begitu Tinggi Burung Di Angkasa

Tak Lebih Tinggi Dari Rasa Hormatku Pada Dirimu


Ku Tempatkan Namamu
Di Atas Segalanya
Terukir Dalam Hati Ini

26.4.11

Bahasa jiwa bangsa

Pada satu malam, sedang aku membaca surat khabar Profane Existence, satu mesej pesanan ringkas hadir tanpa diundang.

Aku lihat nama yang terpapar di skrin.

Anak murid.

Mesejnya begini;

"En, sok en adew k0l bapeww, kitOwang nak jupeww lew, nk st0ry2 sal prjek skit, x tau nk wat cm new lew, lau nk jpew nak kt new"..

Aku balas;
"Apa awak mengarut ni? sepatah haram saya tak faham, awak pakai bahasa apa? C++? java? Cobol? Pascal? banyak benar syntax error, hantar balik mesej awak."

Dia balas (15 minit kemudian);
"Maaf Encik, kami nk tnya, esok boleh jumpa tak? nak bincang pasal projek, boleh jumpa bila n kat mana?"

Aku balas balik;
"Jumpa saya 1/2 jam lepas pukul 5 ptg di makmal RK1"

Dia balas semula;
"hah? kol berapa tu?"

Aku balas balik;
"pukul 5 setengah lah, dan lain kali jangan bagi bahasa yang saya tak faham macam tadi, ringkasan tak apa."

Dia balas semula;
"Baik encik, maaf..huhuhu"
.
.
.
.
.

Esok, pukul 5.25 ptg;

"En, kitowang dah de kt mkml ni, klas bis awl td, blh jpew skang kew, kitowang tngu kt dpn ni jew...."

PANG!!!!!!

Casing ke utara, bateri ke selatan, keypad entah ke mana...

"Adoi, nak kena beli telefon bimbit yang cuit-cuit skrin jugak nih, takyah pakai keypad macam sekarang ni, tiap kali kena baling asyik hilang je.."


22.4.11

Anu dalam kereta... penerangan..

Bacalah sendiri.. tengah malas ni...

Agak-agak korang pun malas baca... sila skrol ke bawah.. ada kesimpulan kat situ...

When you're in an airplane flying at 600 mph, you can easily walk from the back to the front. Now you can't possibly run at 600 mph, let alone walk that fast, so how do you do that?

Answer: You're being carried along with the air in the airplane and all the rest of the airplane.

When you drop something in the airplane, it doesn't suddenly fly to the back at 600 mph either.

If course if the roof came off (see the Aloha Airlines "zip-top" 737) things would be a bit different.

Back to the mosquito and the car - if it was a convertible with the top down the mosquito would have a much tougher time of it.

But with the roof on and the windows up the fact that there is a 60 mph wind outside the car affects the car's occupants not at all.

When you're in a bus moving at 60 mph, you don't have any problem walking from back to front, right?

"But flying is different" - no it isn't, not as long as the windows are closed. The car moves the air, and the air moves the fly. Just like the car moves the seat, and the seat moves you. Or the bus moves the bus's floor, and the floor moves you because you're standing on it. So with zero effort on the fly's part the fly moves at 60 mph down the road, just like you do sitting in the car seat or standing in the bus. If the fly expends some effort it can move fore and aft within the car... this takes exactly as much effort as if the car wasn't moving.


Kesimpulan: Kereta bawa angin, angin bawa nyamuk... benda yang sama terjadi pada makhluk kat bumi... bumi berpusing pada kelajuan 1670 kilometers/jam jika kita berada di atas garisan khatulistiwa. Kalau korang duduk kat kutub utara atau selatan, lagi cepatlah masanya.


10.4.11

Melayang




Selain dari Mogwai, Explosions in The Sky, Sigur Ros dan post-rocker2 yang lain, budak-budak ni pun mampu buat aku melayang kejap.. tak lupa juga The Calm Blue Sea..

Layan[g].....

9.4.11

Anu dalam kereta.

Assalamualaikum...

Amacam tajuk? Suspen ke? Aku nak cerita pasal nyamuk je lah... kehkehkeh...

Akhir-akhir ni aku agak musykil sikit dengan satu situasi ni,,
Benda ni sebenarnya tiap-tiap hari berlaku depan mata, tapi baru 2-3 hari ni aku perasan..

Macam ni situasinya.. tiap-tiap hari aku akan pergi kerja naik kereta.. biasanya aku pandu rilek-rilek.. 60-80 km/j..
Tapi kalau dah lambat, aku boleh besit sampai 120 km/j.. itu jam "segala pokok bakau, batu semua ko langgar Ramli", bak kata Sudin.... tapi jaranglah berlaku...

Jadi, apa yang jadi kemusykilan aku ni adalah tentang nyamuk yang menginap dalam kereta aku ni...

Berapa kelajuan seekor nyamuk ketika terbang pada satu garis lurus? Aku ada buat carian artikel melalui google dan terjumpa satu artikel dari majalah Time... aku tampalkan satu perenggan dari petikan artikel tersebut di bawah ni..

The insects easiest to study in this way are mosquitoes, bees, flies, etc. Dr. Hocking puts one of them on the mill and makes it fly until it is exhausted, which means that its nectar tank is empty. Then he refuels it (a tricky business) with a measured amount of nectar and starts it flying again. When it stops he knows how far it has flown on the fuel that he gave it. Modifications of this experiment enable Dr. Hocking to figure the most economical cruising speed of each insect. Mosquitoes fly most efficiently at 2 ½ m.p.h. Bees cruising at 7 m.p.h. get 4,000,000 miles per gallon of nectar; flies get 2,000.000 miles per gallon at 10 m.p.h.

Read more: http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,825364,00.html#ixzz1J2E9e9HM


Jadi, daripada kajian tahun 1957 tu menyatakan bahawa seekor nyamuk boleh terbang pada kelajuan 2 setengah batu sejam.. lebih kurang 3.218688 kilometers sejamlah.... itu kalau nyamuk tu dalam situasi tiada gangguan seperti angin, fumakilla, ridsect, tangan yang menepis dan menepuk serta raket elektrik pembunuh serangga. Maknanya nyamuk tu terbang dalam keadaan efisien.

Tapi yang aku jadi hairan, kenapa bila aku besit kereta aku pada kelajuan 120 km/j, nyamuk-nyamuk yang terbang dalam kereta aku ni tak tertinggal ataupun menepek pada cermin belakang kereta aku? Apasal ye? Faham ke awak-awak semua yang baca ni?

Maksudnya, kalau nyamuk tu berada di udara dalam kereta aku, bukan tengah bergosip atas kerusi, dashboard atau lantai kereta aku, mestilah nyamuk tu tertinggal bila aku buat pecutan.. kan? Kalau ikut logik akulah..

Dari segi fizik? Kejap lagi aku cari...

4.4.11

Pose mintak nasi tambah


Lama dah tak tangkap gambar pesen-pesen mintak nasi tambah nih.

Mamat Mat Saleh tu kalo ditengokkan, besar sikit kembang tangan dia.. maknanya dia mintak nasi banyak sikit.

Yang mamat pakai baju Phobia belah kanan tu mintak sikit je nasi. Pasal dah selalu makan.

Yang mamat pakai baju Phobia tulisan merah dengan Brutal Truth tu pulak bagi tau dua bilah yang kat tengah garfu dah patah. Payah nak cucuk roti canai. Tak lekat.

16.3.11

Paru-paru besi



Patutnya aku dah sakit tengkuk tengok diorang nih..

Tapi apa aku buat kat ofis malam-malam nih.. hah!!

Sapa nak jawab!!

Haishhh...

18.2.11

Ruang lingkup Death Metal

Jika bicara tentang muzik keras, yang bersusur galur dari muzik blues, rock, metal dan genre-genre lainnya, tidak boleh tidak, lirik adalah salah satu pekara yang akan dilihat, dikaji dan dihayati.

Buku kisah seram misalnya, mengandungi bait-bait kata yang menceritakan jalan cerita sesuatu kisah, menjadi medium antara penulis yang mengarang dan pembaca yang membaca.

Begitu juga halnya dengan muzik-muzik keras ini. Sama juga kisahnya dengan buku yang dikarang, cuma medium persembahannya adalah bait-bait kata yang lebih ringkas dan juga muzik yang mengiringi bai-bait tersebut. Jalan ceritanya kemungkinan lebih kompleks dari sebuah buku.

Mengkhususkan kepada muzik (musick?) Death Metal, secara amnya, lirik-lirik Death Metal ini adalah berkisar kepada pengalaman manusia itu sendiri, sama ada secara sedar, atau berkhayal. Lirik-lirik ini pula kebanyakannya adalah mengenai perkara-perkara yang manusia biasa tidak berani untuk menyentuhnya. Contohnya seperti kematian itu sendiri, pembunuhan kejam bersiri dan motivasinya, kemurungan, penyakit dan sebagainya. Isu politik, agama dan dan sejarah peradaban manusia juga menjadi tema kepada lirik-lirik muzik Death Metal.

Tetapi, ada juga masanya penggiat dan peminat muzik ini menggunakan lirik yang lebih santai, cerita-cerita perasaan kasih, sayang dan cinta sebagai tema utama. Tak percaya? Lihat video di bawah:







kan aku dah cakap... kahkahkahkah.......

2.2.11

Budak-budak zaman sekarang....

"Nak kena taruk minyak dah rantai ni..." aku bermonolog sorang-sorang atas basikal....

Sampai depan rumah, aku tebalikkan basikal supaya proses peminyakan rantai berjalan lancar...

Di sebelah rumah aku, anak-anak jiran sibuk main masak-masak...

"Bagus budak-budak ni... dipertengahan zaman tekonologi ICT yang pesat sekarang ni, masih ada lagi budak-budak yang main masak-masak macam ni... bagus untuk perkembangan sosial... takdelah besar nanti jadi so sial..." aku bermonolog lagi..

Sedang aku meminyakkan rantai basikal, budak-budak tadi sibuk pulak peratikan aku..

Aku perati balik..

aku senyum...

diorang senyum...

aku lambai...

diorang lambai...

Dan salah sorang dari mereka bersuara..

"Pakciiiikkkk... buat apeeeer.....????"


Aku tak tau sama ada nak sangkut budak tu kat piring astro atau langgar dengan basikal aku ni....


Nota kaki terajang...

Sepatutnya mak bapak kena ajar anak-anak diorang untuk panggil "ABANG" kepada mereka-mereka yang belum kahwin... cisss!!!!!

1.2.11

Atuk dan cucu punya cerita...


Yennadeii!!!! Apadaaaa!!!!???


So Ozzy Osbourne and Justin Bieber apparently have shot a Super Bowl commercial for Best Buy together, because Bieber’s fans are eleven years old and don’t care about artistic credibility, and Ozzy’s fans are, emotionally speaking, roughly the same age, and also don’t care about street cred at this point. Most, if not all, of you will probably see the ad when it airs next weekend, and even if you don’t, I’m sure it will pop up online shortly thereafter. But in the meantime, the UK’s Daily Mail has some behind-the-scenes pics, like this nightmare inducer:

Remember the good ol’ days, when Ozzy literally would have bitten this little fucker’s head off for fun? Now it’s like he and Sharon are competing to see who can wear the most eye make-up. Someday some nitwit will probably get Kelly Osbourne knocked up, and the kid won’t be able to tell which one is its grandmother and which one is its grandfather, and they’ll have to show it this picture and be like, “Your grandmother is the one not wearing matching Tron suits with the kid who grew up to become a massive drug addict.”


Source :~ www.metalsucks.net

31.1.11

Biar betik!!!!!! Indeks kesedihan wehhh!!!


Aku harap kejadian macam entry ni tak berlaku lagi...

Jangan nak macam-macam weh!!!

23.1.11

Dedak naik

Abu menghampiri meja makan tempat lepak Alel dan Ata...

"Hah, tul laa tu dedak naik"... Alel bersuara meneruskan perbincangannya dengan Ata...

Abu yang baru sampai di meja itu terdengar ayat terakhir dari mulut Alel lantas menarik kerusi, duduk dan merenung muka Alel...

"Ko bior betul Lel.. aku baru je call tokey Ah Seng petang tadi tanya pasal stok dedak.. takde pulak dia cakap harga dedak naik.. Aku baru je nak hidup ni hah..."

Abu, seorang usahawan muda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan perniagaan ternak ayam ini berasa risau..

"Baru je 3 bulan aku buat bisnes ni.. untung pun tak dapat lagi, dah harga dedak naik pulak" Abu meneruskan rungutannya...

"Napanyak kao ni Bu.... aku cerita pasal cerita Batman yang baru tu lah.. dedak naik"...

"Woi celaka....THE DARK KNIGHT LAH LEL... THE DARK KNIGHT!!!... tau lah banjar tu pekat.. tapi sebut laa betul-betul!!!" bentak Abu...

Ata sudah ke longkang terguling ketawa.......KAHKAHKAH!!!!





15.1.11

trrratatat... trrrattatat... Mechanize!!!!

Lama dah tak dengar bunyi pedal (kat woh fatt jalan silang tulis twin pedder.. kahkahkah) bunyi ala-ala mesin gan macam gini...

Mechanize lebih mengingatkan aku pada Demanufacturer... cuma Raymond Herrera dah tak main, ganti dengan Gene Hoglan (Devin Townsend, Dark Angel, Death, Dethklok, Strapping Young Lad, Pitch Black Forecast, Testament... pergh... hebat orang tua ni.. tak padan dengan badan... tak pancit ke dia????)...

Si dak Dino Cazares tu plak dah lapan tali dia gentel.... Christian Olde Wolbers?? tak tau pegi mana... dengar cerita dia buat band dengan Raymond Herrera, Arkaea..

Jadi, masa zaman Archetype dengan Transgression, Dino Cazares tak main dalam album tu... dan dalam album Mechanize ni Christian Olde Wolbers dengan Raymond Herrera pulak takde.... apa ke hell!!???

Budak-budak berempat bergaduh ke apa? tua-tua bangka pun nak bergaduh ke?

Orait.. dengar dan tonton lagu-lagu kat bawah ni(dari zaman yang berbeza Archetype dan Transgression).. buat penilaian sendiri... secara peribadi Archetype lebih garang... tapi Demanufacturer tetap di hati lah.. maklumlah.. cinta pandang pertama... kehkehkeh....

Zaman Trangression



Zaman Archetype


nota kaki...
Tapi aku kenal Infectios Maggots dulu dari Fear Factory... lantak korang lah... aku dengar lagu korang tak banyak lari dari segi konsep..
Oh ya... "clean vocal" masa "chorus" dah wujud sejak berzaman ye adik-adik.. jangan nak macam-macam...

2.1.11

Hayun kepala.... (satu penyesalan yang indah)





Semalam aku headbang...

Hari ni aku menyesal...

Sekian..



Nota leher terkehel 1...

tapi berbaloi bre.. Demisor beb.. Demisor...
thanks for all the nostalgic songs.. walaupun aku tak ada semua stuff Demisor (ni mesti yang label aku tak true nanti nih..) tapi Demisor adalah band grindcore terawal dari Asia yang aku kenal.. terima kasih untuk Time to Act, terima kasih untuk Dead Shall Rise dan terima kasih untuk semua lagu yang Demisor bawa semalam... kesannya.. seperti di atas... kehkehkeh.....



Nota leher terkehel 2...

Headbanging is a type of dance which involves violently shaking the head in time with the music, most commonly in heavy metal and rock music. ~http://en.wikipedia.org/wiki/Headbang


headbanging (uncountable)~
A type of dance associated with rock or heavy metal music, in which the head is shaken violently in time with music ~ http://en.wiktionary.org/wiki/headbanging

1.1.11

Tahun baru kalendar gregorian...

Azam aku sebenarnya agak awal aku rancang... masa Awal Muharram itu hari... lebih kepada hijrah sebenarnya...

Takyah la buat azam-azam kot... perjanjian dengan diri sendiri masa Ma'al Hijrah itu hari yang kena betul-betul bikin...

Cuma ada seseorang yang mintak aku jangan nakal-nakal tahun ni...

Aku nakal ke???

Oklah.. azam tahun baru gregorian.. tanak nakal-nakal... eewwww... kehkehkeh.....





nota kaki...

The Gregorian calendar, also known as the Western calendar or the Christian calendar, is the internationally accepted civil calendar. It was introduced by Pope Gregory XIII, after whom the calendar was named, by a decree signed on 24 February 1582, a papal bull known by its opening words Inter gravissimas. The reformed calendar was adopted later that year by a handful of countries, with other countries adopting it over the following centuries. The motivation for the Gregorian reform was that the Julian calendar assumes that the time between vernal equinoxes is 365.25 days, when in fact it is about 11 minutes less. The accumulated error between these values was about 10 days when the reform was made, resulting in the equinox occurring on March 11 and moving steadily earlier in the calendar. Since the equinox was tied to the celebration of Easter, the Roman Catholic Church considered that this steady movement was undesirable.