23.7.11

progres hidup

"Hari ini lebih baik dari hari semalam", majoriti pernah dengar ayat ini rasanya... kan?

Statik dan kehidupan apabila bersama adalah sama dengan bosan... betul tak?

Hidup ni kena ada progres... anjakan paradigma, dinamik, tak kisahlah apa pun terma yang mahu digunakan... tapi mesti sentiasa ada perubahan...

Aku adalah salah seorang pengguna jalan raya yang MEMBAYAR CUKAI JALAN yang jarang berperang dengan kesesakan lalu lintas....

Tapi untuk dua minggu lepas dan lebih kurang tiga bulan akan datang, aku akan rasa apa yang warga kota dok rasa tiap-tiap hari... kesesakan lalu lintas, parking tak payah tarik hand break, parking kena bayar, beli stok keperluan harian banyak-banyak sekaligus dan macam-macam lagi...

Jadi, apa perubahan yang aku dah lalui sekarang ini? Kahwin? Err.. belum, apakan lagi menimang anak...

Sekarang ni aku boleh baca buku sambil memandu... hah? amacam??

Aku tau ramai dah terer benda ni... tapi bagi aku, inilah dia progres hidup aku sekarang...

Dalam masa dua minggu ni, dua buah buku aku habiskan dalam kereta, sambil memandu... err secara literalnya bukan sambil memandu tu bermaksud sambil kereta tu bergerak, tapi masa kereta tu statik sebab kesesakan lalu lintas...

Ya, disaat kerta itu statik, aku pula progres.. hehehehe... buku yang aku baca pun jenis santai-santai sahaja, tak perlu kosentrasi yang tinggi...

Tahap stres pun dah menaik rasanya ni... tapi membaca itu adalah perlakuan yang boleh turunkan tahap stres aku...

Syukur rasanya dapat bekerja di kawasan kampung...


nota kaki lenguh...
lenguh kaki beb, kereta manual, aku dah berkira-kira nak bawa motor sekarang ni... dan itu Septic Flesh - The Great Mass sangat lazat....

13.7.11

apa nak jadi ni.. hah?


Baru sehari tinggal dekat kawasan Lembah Kelang, aku dah demam...

Sistem imunisasi aku yang lemah ke atau Lembah Kelang punya kadar pencemaran memang teruk?