"Hari ini lebih baik dari hari semalam", majoriti pernah dengar ayat ini rasanya... kan?
Statik dan kehidupan apabila bersama adalah sama dengan bosan... betul tak?
Hidup ni kena ada progres... anjakan paradigma, dinamik, tak kisahlah apa pun terma yang mahu digunakan... tapi mesti sentiasa ada perubahan...
Aku adalah salah seorang pengguna jalan raya yang MEMBAYAR CUKAI JALAN yang jarang berperang dengan kesesakan lalu lintas....
Tapi untuk dua minggu lepas dan lebih kurang tiga bulan akan datang, aku akan rasa apa yang warga kota dok rasa tiap-tiap hari... kesesakan lalu lintas, parking tak payah tarik hand break, parking kena bayar, beli stok keperluan harian banyak-banyak sekaligus dan macam-macam lagi...
Jadi, apa perubahan yang aku dah lalui sekarang ini? Kahwin? Err.. belum, apakan lagi menimang anak...
Sekarang ni aku boleh baca buku sambil memandu... hah? amacam??
Aku tau ramai dah terer benda ni... tapi bagi aku, inilah dia progres hidup aku sekarang...
Dalam masa dua minggu ni, dua buah buku aku habiskan dalam kereta, sambil memandu... err secara literalnya bukan sambil memandu tu bermaksud sambil kereta tu bergerak, tapi masa kereta tu statik sebab kesesakan lalu lintas...
Ya, disaat kerta itu statik, aku pula progres.. hehehehe... buku yang aku baca pun jenis santai-santai sahaja, tak perlu kosentrasi yang tinggi...
Tahap stres pun dah menaik rasanya ni... tapi membaca itu adalah perlakuan yang boleh turunkan tahap stres aku...
Syukur rasanya dapat bekerja di kawasan kampung...
nota kaki lenguh...
lenguh kaki beb, kereta manual, aku dah berkira-kira nak bawa motor sekarang ni... dan itu Septic Flesh - The Great Mass sangat lazat....
7 comments:
banyak bersabor le...
hahah..tula..duk sababk bernam kn best..menghirup uadara segar+ditemani pohon sawit+ lembu2 berkeliaran+ monyet2+burung berkicauan....rindu kt ko la wan...xde org nk hbskan roti aku yg nk expired dh ni...hah
terima kasih dr. ben.. sesungguhnya Allah bersam dengan orang yang bersabar...
yati sa'adah, yang ko rindu2 ni apahal, tau dek laki ko kang, aku tak nak masuk campur, roti tu kalo tak habis, bagi kat ikan dalam kolam kat bawah blok g tu, ko pos kat aku pon boleh...
sebab tu aku rasa aku miss sangat kehidupan di sabak bernam. aku dah mula travel meru-setiawangsa secara rasminya selama sebulan. sangat stress...huhuhu... bosan giler duk kl... aku rasa aku memang berjiwa kampung la...
Aida, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi elok di negeri sendiri, sebab dah biasa dengan batu, tak biasa dengan emas-emas ni... tak gitu...
aku pon heran apasal ramai yang mintak pindah dari sabak bernam tu... oh, lupa.. aku tak kawen lagi.. kalo aku kawen nanti, aku pun mungkin consider untuk pindah, itu pun kalo future wife aku bukan orang tempatanlah kan...
ha la.... kalo diberi pilihan, dah tentu2 la aku nak stay kat sabak tu, tapi nak wat cemaner, tempat seorang isteri dah tentu di sisi suami...tak gitu... semoga hang mendapat jodoh yang solehah dan dipermudahkan kehidupan berumah tangga... amin...
Wan bila nk buat open house???nanti nak pinjam buku2x baru yang ada dlm simpanan ang tu tau..hehehe...zulfa zahirah kim salam dia kata nak duit raya dr uncle wan..All the best SIP..kita org huru hara kat sini tanpa ang sbg org yg terror OS..huhuhu
Post a Comment