6.11.11

Steve Jobs

Ini bukan Steve Jobs.. ini Dennis Ritchie.. marah benor nampaknya...


Assalamualaikum...

Aku sebagai pengguna Linux (dan kebanyakan pengguna Linux rasanya), ada pandangan yang berbeza tentang individu ini (Steve Jobs)... marketing memang padu.. tapi apabila dilihat dari pulangan balik kepada komuniti.. kurang sikit...

Dia buat aplikasi, dia jual... sama macam makcik jual nasi lemak kat depan taman perumahan aku juga... dia buat nasi lemak, dia jual... agak-agak ada rasa tak sedap sikit, komplen... untung-untung dia bagi baru, kalau tak, dapat senyum jelah.... cumanya makcik tu tak claim yang nasi lemak tu ciptaan dialah..

Ramai yang sibuk buat tribute kepada Steve Jobs.. Dennis Ritchie apa cerita?? berapa ramai yang tahu dia dah meninggal hanya beberapa hari selepas Steve Jobs meninggal?? banyak sistem, aplikasi bergantung pada hasil kerja Dennis Ritchie... yang aku dok sibuk-sibuk canang nama Dennis Ritchie ni, korang tau tak siapa dia?? Google kan ada.. takkan semua nak bersuap...

Bill Gates?.. Tunggu dia meniggal nanti baru nak canang nama dia... itu pun kalau dia meninggal dululah...

Lagi satu... yang aku dok sibuk nak post kat blog pasal benda ni petang-petang raya ni apahal???? Maaflah kalau ada yang terasa rugi 1 minit dari masa kamu orang yang baca post ni.. aku tak suruh pun...


p/s
Cuba cari cerita Pirates of Silicon Valley.. Bill Gates digambarkan sebagai orang yang nakal sedikit... hehehe... kalau nak yang pirate punya dalam format .avi aku ada...

1 comments:

Dr. Bentara said...

baru kenal Dennis Ritchie ni sape.