"dutakdutakdutakdutakdutakdutak .....trrak dudutaakk... taktaktaktaktaktaktaktaktaktakk... takdung dung.. takk dung dung.. takktakktakktakktakktaktakktakktakktakk.... trrak drrung.. trrrak.. drrrung... dudududutakdududududududutakdudududutak ududududududutak........"
Abdullah dah start warm-up.... selaku pemain dram untuk kumpulan gitar huru-hara (kugihuha) - Structure at Considerable Rate (SACR) yang berdedikasi dan berkaliber, dia memang selalu orang yang pertama sampai di studio jamming milik Bob Constant, Power House Musical Studio..... Abdullah memang berkaliber... berkaki lebar....?? mungkin jugak... kasut saiz 10-11....
Bob Constant perati je Abdullah dari luar melalui cermin... risau gamaknya barang dia rosak... tapi dia tau, band Abdullah adalah band yang bertanggungjawab.. tak pernah lagi diorang main sampai kasi rosak barang-barang studio... SACR adalah satu-satunya band grindcore huru-hara yang dapat pengiktirafan ISO 666 dari Bob Constant untuk main dekat studio dia... pernah jugak beberapa band dari kategori musick bising macam SACR main dekat studio dia.. semua kena halau... tetapi tidak dengan SACR...
SACR selalu misfits.... bukan band misfits tuh.. tapi misfits jenis tak kena tempat... apa kejadahnya masuk battle of the bands main lagu Pig Destroyer, Infectious Maggots, Nasum, Extreme Noise Terror dan sebagainya... memang takde harapan nak dapat top ten... menang apakan lagi... tapi SACR pernah dapat nombor dua pasal Bob Constant jadi pengadil untuk salah satu battle of the bands tu.... kronisme memang wujud di mana- mana... tapi agak-agaklah kan... kalo Bob Constant ni mengamalkan kronisme melampau... dah tentu-tentu daripada gitarist terbaik, bassist terbaik, pemain dram terbaik, sampailah kepada vokal terbaik, memang SACR sapu....
10 minit kemudian bassist sampai... Midi... bassist yang termakan racun untuk bermain grindcore dengan Abdullah dan Sopek, gitaris SACR... bunyi bass midi memang lemak.. tapi dah arwah.. err..bass dia yang arwah.. dia hidup lagi... Midi kalu main bass style-style funky ala-ala Flea Red Hot Chili Peppers (RHCP) memang cara... SACR memang ada cover 1 lagu dari RHCP ni, If You Have to Ask.... tapi musick jelah... takde orang nak rapping ala-ala Anthony Kiedis... nak harapkan Lee Choq Sambai.. dia tau growl dan scream je...
Sementara nak menunggu Sopek selaku gitarist dengan Lee Choq Sambai selaku vokalis tiba(kadang-kadang Lee Choq Sambai gelarkan dirinya vokills, tapi tak kemana pon sebenarnya vokal dia), Abdullah dan Midi berangan jadi band Cause For Effect.. grindcore takde gitar.... Bob Constant perati lagi dari luar sambil kepala terhangguk-hangguk melayan part groovy... sampai part blast dengan grind... Bob Konstant kerut dahi... dah tak reti nak layan macam mana...
Tiba-tiba pintu bilik rehearsal terbukak... Sopek masuk menyandang gitar Yamaha kidalnya...Sopek adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan band ini... Bersama Abdullah, mereka mempunyai satu misi untuk menubuhkan satu band grindcore yang ada wawasan... sebelum Midi masuk, ramai jugak dah diaudition untuk bermain bass dengan band mereka.. Taja Meet Uncle Hussain pun pernah di test.... bersama Abdullah juga Sopek mengambil keputusan untuk meracun pemikiran Midi dan seterusnya menarik Midi ke dalam ruang angkasa setaannnn.... huh.. macam cerita Gaban le pulak...
Sambil tahan pintu, Sopek memberikan ruang laluan kepada Lee Choq Sambai masuk dengan tangan yang penuh menatang printer.. PRINTER?? ya, printer...mesin pencetak....kepala hotak apa si Lee Choq Sambai ni bawak printer... kalo bawak driller tu boleh terimalah lagi, pasal memang ada plan nak masukkan elemen industrial.. tapi ni printer...
"Ko apahal bawak printer ni Lee... buang tebiat kape?"... Midi menyoal... "kalo nak mampos pon janganlah libatkan kitorang" ... Midi punya mulut memang jarang bertapis...
"Eh... bukan ka hangpa kata nak main industrial sikit-sikit... nih.. aku nak habaq mai... kalo hangpa nak tau, bunyi printer ni lah hat yang paling industrial penah aku dengaq... " balas Lee Choq Sambai sirius...
"Abis tu ko nak cucuk kat mana printer tu..? kat burit ko??" Asak Midi lagi tanpa tapisan....
"Hah.. hang tak tau.. printer ni jenih wireless tanpa wayaq punya...hang on ja.. teghuih boleh keluaq bunyi dia" balas Lee Choq Sambai dengan yakin.... Abdullah dan Sopek sudah senyum sambil pandang Midi... mereka bersedia untuk mendengar berdas-das asakan dari Midi...
"Yang ko menggelupur sangat ni apahal, nak menipu pon agak-agak arr... dah laa printer jenis dot matrix, usb port pon takde... pakai serial kabel je pulak tu... wireless tu pon dah tentu maksud dia tanpa wayar... yang ko nak tipu kasi nama printer wireless tanpa wayar tu apasal...!!! " Abdullah dengan Sopek teguling-guling ketawa kat situ jugak... Lee Choq Sambai hanya mampu senyum sahaja sambi menggaru-garu kepala... berdebat dengan Midi memang cari nahas...
Sejak hari tu, maka bertambahlah lagi nama timangan untuk Lee Choq Sambai.. Lee 'Choq Sambai Menggelupur Wireless Tanpa Wayar'.... selalunya kalo nak tanya pasal Lee Choq Sambai, mereka akan tanya, "Tanpa Wayar apa cerita???" sebagai short form untuk Lee 'Choq Sambai Menggelupur Wireless Tanpa Wayar'....
Pada hari itu, satu lagu baru bertajuk "guling-guling" telah tercipta....
panduan;
du - bunyi drum pedal...
tak - bunyi snare..
trrak - bunyi triplet kat snare..
taktaktaktaktaktaktaktaktaktak - bunyi snare masa part grind/blast..
dung - bunyi tom-tom dram..
drrung - bunyi triplet kat tom-tom..
dudududu - bunyi double pedal..