Showing posts with label nota untuk diri. Show all posts
Showing posts with label nota untuk diri. Show all posts

18.11.10

Pilihan

Perhatian kepada awek-awek semua... kalau diberi pilihan antara antara KLCC dengan balak, mana ko nak pilih...???

Fikir betul-betul dowh.. pilih balak dapat comolot dowh, pakej sekali dengan dapat maki dengan dosa dowh.. kalau pilih KLCC, ko nak cium apa dowh?? jambatan kat tengah-tengah KLCC tu?? Lagi bagus ko cium jambatan tu dowh...

Kalo aku diberi pilihan..??? aku pilih tapak tangan untuk pipi awek tu, dan siku untuk halkum balak tu.. kasi sedas cukuplah...... dowh... ishk... rasa ada sikit celaka cakap pakai "dowh" kat hujung-hujung nih...

Maki tu maki jugak kan... diri sendiri ni belum tau macam mana nak jadi kalau nafsu dan setan dah rasuk...

Na'uzubillahiminzaalik... Mintak dijauhkan oleh Allah dengan benda-benda macam ni... bak kata orang dolu-dolu.. simpang malaikat empat puluh empat... secara sirius, aku tak berapa nak faham dengan frasa simpang malaikat empat puluh empat nih... mana punya ilham datang daaa...

Budak-budak perempuan sekarang memang dah senang kena rayu eh?? dowhhh... kehkehkeh....

Nota kaki teseliuh;
Kebejatan sosial (tak kira remaja atau orang tua) sekarang ni aku syak bermula dari rumah... dari akar umbi.. kalau tak kuat iman di dada, maka anasir-anasir negatif senang nak serap dan resap dalam diri sepanjang proses membesar, maka tingkah laku "comolot" di tepi jalan, beromen di tepi jalan dan buang bayi, juga di tepi jalan akan jadi "trend".. tapi "busking" di tepi jalan aku suka..

14.7.10

Kosong

Pernah tak rasa korang kena adjust balik life korang sebab benda-benda yang korang selalu buat dengan member-member dah tak boleh nak buat? Pasal sekarang member-member tu dah ada komitmen lain. Especially mereka-mereka yang dah kawen. Aku rasa macam tu sekarang...

Aku penah rasa bersalah sangat-sangat bila sekali-sekala keluar dengan member-member yang dah kawen ni. Rasa macam dah kacau life diorang. Mula-mula ingat nak keluar lepak-lepak kejap je. Tapi boleh drag sampai 1-2 pagi. Siap jam lagi. Masing-masing nak lepas gian. Masa tengah main tu memang enjoy. Tapi, ada satu peristiwa yang menyebabkan aku rasa bersalah sangat-sangat lepas tu.

Untuk lebih kurang setahun lepas, banyak aktiviti yang biasanya aku buat dengan member-member, aku lebih selesa buat sorang-sorang. Tapi aku rasa macam dah takde kawan la pulak. Pasal setiap kali nak contact, mesti timbul rasa was-was... teragak-agak..

"Minggu ni mamat ni free ke?"

"Bini dia kasi keluar ke?"

"Kang kalo ajak lepak-lepak kang, ganggu pulak quality time dengan family dia"

Sudahnya aku rasa agak kosong sekarang. Nasib baik aku dah berenti rokok. Kalo tak, mau berkotak-kotak aku hadap pasal nak release tension.

Mesti ada yang ingat aku loser gila-gila kan? Tapi itulah realitinya sekarang...



Nota kaki bangku..
Ubat mujarab untuk lepas "tension".. amik wuduk, bukak Al-Quran, baca sekali terjemahan sama tafsirnya... macam senang je kan? tapi tak ramai yang buat.. tak yah cakap orang lah.. yang dok menulis ni pon jarang sangat nak buat...

"entry" aku kali ni banyak pulak perkataan berganda ....

19.6.10

Hijau

Assalamualaikum...

17 dan 18 Jun lepas aku kena pegi satu seminar tentang teknologi hijau... banyak dapat input... banyak dapat kesedaran...

Sebenarnya bumi ni dah lama sakit... dari pengalaman seseorang yang otai, yang pernah belajar di luar negara, sebenarnya bermula dari zaman Revolusi Industri sekitar kurun 18 dan 19 lagi orang dah tahu pasal benda hijau-hijau ni... cuma kita tak praktis apa yang kita tahu...

Otai tu ada cerita satu pengalaman yang simple, tapi beri kesan sampai sekarang dalam hidup dia.. dan mungkin dalam hidup aku dan orang-orang yang nak dengar dan ambik iktibar...

Biar aku gelar otai ni dengan panggilan Tn. Haji...

Tn. Haji mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 12 tahun pada ketika kejadian ni berlaku... aku tak pasti bilangan anak dia yang betul ada berapa... anak perempuan Tn. Haji ni suka makan pizza... jadi pada satu hari, ketika hendak menyambut harijadi anak perempuan dia ni, anak Tn. Haji mintaklah dia belanja pizza... oleh kerana keluarga mereka ni rapat, mereka lebih selesa untuk makan di rumah... jadi Tn. Haji ambik keputusan untuk bungkus saja pizza tersebut...

Apabila sampai di lokasi restoran pizza tersebut, Tn. Haji cakap pada anak dia... "Ok.. sekarang kakak pegi beli pizza kat dalam dan abah tunggu dalam kereta..." maka pergilah anak Tn. Haji ni membeli pizza kat dalam sementara dia tunggu di dalam kereta...

Siapa-siapa yang pernah beli pizza untuk di bawa balik pasti tau berapa lama masa yang diambil untuk tunggu pizza tu siap... kalau dia cakap 20 minit tu... maka bersedialah untuk menunggu sekurang-kurangnya 40 minit.. benda ni pun tengok pada kawasan jugaklah kot... kalo ramai tu lagi lamalah.. tu belum lagi yang tersalah bungkus.. orang mintak pizza ayam, dia kasi pizza kambing... kang yang makan tu jenis ada darah tinggi, tak ke haru...

Maka menunggulah anak Tn. Haji ni kat dalam sementara Tn. Haji menunggu dalam kereta dengan enjin dan air-cond terpasang... dalam lebih kurang 10 minit, anak Tn. Haji tu keluar dan buka pintu kereta... tekejut Tn. Haji bila tengok anak dia balik dengan tangan kosong.. "Hah.. kenapa kakak.. kedai pizza tu dah tukar menu jual apam balik je ke..??" ok.. yang ni aku tambah... anak perempuan Tn. Haji membalas... "tak delah bah... lama lagi nak siap.. jomlah kita tunggu kat dalam.. tutup air-cond dengan enjin ni... abah mencemarkan alam sekitar lah..."

Tersentak Tn. Haji.. bayangkanlah budak umur 12 tahun dah tahu untuk praktiskan benda-benda simple macam ni... Tn. Haji bukannya tak tahu benda ni.. dah 52 tahun dah umur dia...aku rasa ramai yang tahu tentang perkara-perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar... cuma kita tak praktis... jadi sampai sekarang keluarga Tn. Haji dah praktiskan untuk agihkan sampah yang boleh di kitar semula dengan yang tak boleh dikitar semula... ini bukan rekaan.. ini cerita betul... kecuali part yang Tn. Haji tanya anak dia pasal kedai pizza tukar jual apam balik tu...

Aku sekarang pon dah mula bawak beg sendiri kalau beli barang.. kalau setakat benda kecik-kecik macam ubat ketiak ke, ubat gigi ke, pisau cukur ke, tak payahlah pakai plastik. .. masuk dalam poket seluar je dah muat... ... member-member kat ofis pon dah ada yang bawak bekas makanan sendiri kalau rasa-rasa nak tapau makananan dari kafe dan makan dalam ofis... ada orang yang influence diorang kot... benda-benda macam ni kalau 2-3 orang yang buat memang tak terasa kesan dia... tapi kalau berterusan dan ramai yang buat.. aku rasa boleh lah kurangkan sikit indeks pencemaran kita..

Benda ni macam konsep kaizen... buat perubahan... kalau seorang yang buat mungkin tak nampak hasilnya.. tapi kalau 1000 orang buat benda yang sama... korang boleh pikir sendiri kot....

aku ada video nak kongsi... terima kasi jimbo yang kongsi benda ni kat blog dia.. video ni mungkin dari perspektif orang Amerika... tapi aku rasa kita boleh ambik iktibar....





nota tapak kaki;
"entry" yang kurang unsur kecindan... sekali-sekala kena serius gak kan...

4.5.10

Bertarung...

Assalamualaikum....

Dua minggu lepas aku gi Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highland untuk satu kursus.. belajar macam mana nak mengajar orang dewasa.. dapat pulak kelas dengan participants yang "matang-matang" belaka... dua minggu tak terasa beb... (pasal aku kurang komitmen lain kot... kalo yg dah ada anak bini/laki tu tak tau pulak aku..)..kelas santai.. masa flexible.. kira-kira bolehlah habis sebuah buku aku baca (Tuk Kenali - Penggerak Ummah)...

Tapi ada satu benda yang dok ikut aku masa aku nak gi IAB ni... sebelum naik lagi dah dia ikut.. masa jadi fasilitator untuk boot camp budak-budak nak pergi bertanding Netriders lagi dia dah dok folow je... cilake tul... benda tu nama dia Pak Risau..

Dari dulu satu perangai aku yang asyik gagal nak ubah adalah bertangguh buat keje (tapi somehow aku sempat gak siapkan on time.. lewat pon takdelah sgt..... hik..hik..hik.. - jgn menyampah kalo aku gelak camtu)... tambah plak 3 minggu 2 hari aku tak dtg kerje.. perghh.. di punya kerja bertimbun tak hengat.. tu yang makhluk Pak Risau dok folow je tu...

Time management aku memang fail lah... life management pon fail.. berkait dua-dua tu...dulu masa blajar IPT dulu ada gak member2 pernah bagi petua macam mana nak manage life bagi betul... try ikut tabligh... aku dok perati gak tablig-tabligh yang dtg surau kat taman aku duduk ni... setakat ni semua ok.. pembersih.. aku cakap macam tu pasal aku ada dengar org komplen pasal tabligh ni ada yang pengotor sikit.. itu orang cakap... setakat ni yang aku jumpa semua ok je...aku rasa banyak yang dah berubah kot... ikut kepala diorang.. kalo kepala ok, oklah.. yang datang tempat aku ni ada yang ahli perniagaan, professor, engineer... so management dia lagi cantik kot...

Berbalik pada makhluk Pak Risau ni tadi... dia sebenarnya boleh bawak kita kepada dua jalan.. jalan pertama ko akan usaha gak nak setelkan apa-apa yang tak setel supaya ko boleh kasi berambus sama itu makhluk.. jalan kedua, ko akan fed-up, tertekan dan seterusnya mengundang beberapa makhluk lain untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam memastikan kerja-kerja yang kita dok risaukan tu terus tertangguh.. kepala dia Tok Malas...

Ini Tok Malas korang jangan pandang enteng... sama ada ko yang conquer dia, tak pon dia yang conquer ko... aku skarang tengah bertarung lah ni.. mintak korang dapat doa2 kan lah ye...

Nota kuku..
Rasa-rasa macam nak buat ulasan buku.. tapi nanti dululah.. (tangguh lagi)

8.4.10

Siksa jadi setia nih

"Siksa jadi setia nih"... baru-baru ni aku taruk status facebook dan ym aku macam ni..

Adalah 2-3 kerat kawan-kawan yang concern dengan life aku bagi respon...

"awek lu curang ke jo??"...
wa mana ada awek lagi jep, sapa nak curang ngan wa..


"tak payahlah setia sangat, awek ko pun belum tentu setia, pecayalah cakap aku"..
err.. aku rasa ko tau kan aku takde awek lagi...


"agak-agak siksa sangat, cari je lain bob"..
dah kalo aku cari lain, tak setia dah namanya..dan perlu diingatkan sekali lagi, aku belum berawek...


"celaka, kawen tak jemput, tau-tau dah gadoh laki bini..."
statement kurang hajar macam ni perlu dibalas dengan halus... agak-agak kalo ada yang termuntah darah, pastu keluar paku, pisau gilet, fiber, asbestos, minyak hitam ngan serbuk besi dan ntah apa-apa lagi, baik cepat-cepat mintak maaf secara terbuka lah ye.. kalo sempat aku tarik balik lah....



Oklah, kalo ikutkan definisi setia tu mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua;

1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya.
2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya


mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pulak;

loyal; adj 1. faithful to the government, sovereign, etc, taat setia, taat, setia: a ~ supporter of the Sultan, pengikut Sultan yg taat setia; 2. faithful to oath, friend, custom, setia: her father is a very ~ church-goer, ayahnya pengunjung gereja yg sangat setia; a ~ friend is one who stands by you in times of trouble, kawan yg setia ialah kawan yg akan bersama-sama kamu semasa kamu susah.

Kebanyakan respon dari kawan-kawan aku lebih menjurus kepada perhubungan antara balak dan awek... tapi apa yang aku cuba sampaikan masa aku post benda tu kat facebook dan ym adalah lebih luas skop dia... ayat akhir pada definisi Kamus Inggeris-Melayu Dewan tu aku suka... walaupun tak ramai yang praktik... tak yah cakap orang lainlah, aku sendiri kadang-kadang tak buat mcm tu... (sila muhasabahkan diri... ni note utk aku, aku syorkan korang ikut... tapi aku tak paksa..)

Buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara meluaskan lagi pandangan aku tentang setia ni... ko bayangkanlah laki ko kena tangkap bawah ISA... dituduh macam-macam... si isteri tetap setia.. 6 tahun beb.. bukan kejap.. lama tu... dan aku rasa ramai lagi isteri-isteri yang suami-suami diorang yang kena tahan tu tetap setia dan percaya dengan suami diorang...

Lagi satu Hang Tuah, korang ingat mamat tu tak siksa ke bila nak kena kasi awek kawin ngan Sultan, pastu nak kena gi bunuh member sendiri... siksa weh... tu semua pasal setialah tu...

Tapi sebenarnya apa yang aku letak tu bukan mengenai aku sangat pon.. ianya lebih kepada refleksi aku pada balak atau awek, laki atau bini yang sangat setia pada pasangan masing-masing walaupun tersiksa... aku salut... tapi untuk mereka-mereka yang setia dengan guna akal lah...

Pengalaman aku berkawan dengan orang yang berbalak dan berawek ni banyak... pasangan masing-masing ada yang perangai tak senonoh, separa gangster (cakap macam gangster, bila gaduh cabut..), macam bagus, perasan, perasaan (emo), kawalan eq yang rendah dan macam-macam lagi, tapi diorang tetap setia, tetap ada harapan bahawa pasangan diorang akan berubah (mungkin ditabur janji-janji)... diorang percaya yang semuanya akan ok... tapi tak semuanya jadi ok...

Ada jugak 2-3 kerat kawan-kawan aku yang jadikan aku tempat luah rasa... cerita pasal pasangan masing-masing... rasa macam selalu kena tipu, hidup kena control, dan macam-macam lagilah...bohong kalo aku cakap aku faham perasaan diorang.. pasal apa? pasal aku tak pernah lalu jalan itu lagi... rasa siksa sebab setia yang diorang lalui aku tak pernah rasa lagi.. aku mungkin boleh jadi pendengar yang baik, tapi penasihat yang baik, aku tak yakin boleh pikul tugas tu jika ianya melibatkan relationship...

Tapi ada gak 5-6 kerat kawan-kawan aku yang jadikan aku tempat simpan rahsia, rahsia yang diorang curang, simpan balak/awek lain... tapi masing-masing risau kalo pasangan dapat hidu... takut kalo kantoi... jenis mcm ni aku pun tak berapa nak paham macam mana perasaannya bila dapat pasang 2-3 nih... pasal apa? sama seperti di atas... aku tak rasa lagi macam mana bestnya mencurang tu... tapi kalo dah ada rasa takut kantoi tu aku rasa pencurang-pencurang ni masih lagi nak setia lah kan...?? cuma siksa sikit lah nak cover line tu bagi clear... siksa gak tu...

Tu baru cerita pasal curang, tak masuk lagi pasal balak/awek yang panas baran, yang suka control, yang macam bagus (aku rasa 2 kali aku tulis ni) dan apa bala lagi... jadi aku rasa "siksa jadi setia nih"....

Betulkan aku kalo aku salah....


nota lutut;
Tapikan, kalo kita tak bercinta, tapi terminat ngan awek orang, pastu dok tunggu dengan penuh harapan.. setia ke namanya tu? aku rasa tu cari nahas namanya...(nasihat pada sapa2 yang makan cili... )