Persetan sama KFC...
Persetan sama McDonald...
Persetan sama Burger King...
Persetan sama Kenny Roger's...
Persetan sama Chilli's...
Persetan sama Nandos...
Persetan sama A&W...
Persetan sama Pizza Hut...
Persetan sama Sushi King...
Persetan sama semua....
.
.
.
Nasi sejuk... ikan goreng... sambal belacan... tempoyak... aku tewas....
22.6.10
21.6.10
Tak puas...
Sekarang ni semua orang tak puas hati dengan semua orang... Mak Andeh tak puas hati dengan Pak Pandir, Hang Jebat tak puas hati dengan Hang Tuah, Uda tak puas hati dengan Dara, Arjuna tak puas hati dengan Srikandi, Fasha Sandha tak puas hati dengan Tiz Zaqyah, Ifa Raziah tak puas hati dengan JAIK, budak-budak England tak puas hati dengan David James... tu belum masuk politik lagi, kerja lagi...
Aku... ada yang tak puas hati dengan aku ke..?? Tapi yang pastinya darah aku dah naik....
nota tumit...
"Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power" ~Abraham Lincoln
err.. yang ni termasuk perempuan sekali ye....

20.6.10
Marah nampak...
"Sekarang ni ada barang yang dah rosak.. ko pegi laa cepat setelkan...!!!"
"Lek arr... jap lagi aku pegi arr..."
"Ko lek-lek.. kang sampai tahun depan baru setel...!!!"
"Huh.. singa..."
"Apa dia...!!!!!"
"Menawan keluarga bahagiaaa... tak de apa-apa...ni ha.. ada budak tanya kat ym, brand mesin jahit yang best.. aku bagi tau laa.. Singer..."
Satu jelingan setajam pedang samurai menusuk ke arah susuk tubuhku...
Hidup kena macam fighter pilot beb.. must know how to make a split second decision.... kalau aku bagi tau dia garang macam singa... dah tentu kena ngap....
Ada sesetengah orang dapat ilmu "kaver lain" ni dari keturunan... yang lain tu hanya boleh didapati melalui pengalaman je...
nota keting...
aku rasalah kan... ada satu garisan halus yang membezakan antara menjadi sopan dengan menjadi hipokrit... aku rasalah...
Labels:
attitude,
fakta auta,
ilmu,
kaver lain,
singa
19.6.10
Hijau
Assalamualaikum...
17 dan 18 Jun lepas aku kena pegi satu seminar tentang teknologi hijau... banyak dapat input... banyak dapat kesedaran...
Sebenarnya bumi ni dah lama sakit... dari pengalaman seseorang yang otai, yang pernah belajar di luar negara, sebenarnya bermula dari zaman Revolusi Industri sekitar kurun 18 dan 19 lagi orang dah tahu pasal benda hijau-hijau ni... cuma kita tak praktis apa yang kita tahu...
Otai tu ada cerita satu pengalaman yang simple, tapi beri kesan sampai sekarang dalam hidup dia.. dan mungkin dalam hidup aku dan orang-orang yang nak dengar dan ambik iktibar...
Biar aku gelar otai ni dengan panggilan Tn. Haji...
Tn. Haji mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 12 tahun pada ketika kejadian ni berlaku... aku tak pasti bilangan anak dia yang betul ada berapa... anak perempuan Tn. Haji ni suka makan pizza... jadi pada satu hari, ketika hendak menyambut harijadi anak perempuan dia ni, anak Tn. Haji mintaklah dia belanja pizza... oleh kerana keluarga mereka ni rapat, mereka lebih selesa untuk makan di rumah... jadi Tn. Haji ambik keputusan untuk bungkus saja pizza tersebut...
Apabila sampai di lokasi restoran pizza tersebut, Tn. Haji cakap pada anak dia... "Ok.. sekarang kakak pegi beli pizza kat dalam dan abah tunggu dalam kereta..." maka pergilah anak Tn. Haji ni membeli pizza kat dalam sementara dia tunggu di dalam kereta...
Siapa-siapa yang pernah beli pizza untuk di bawa balik pasti tau berapa lama masa yang diambil untuk tunggu pizza tu siap... kalau dia cakap 20 minit tu... maka bersedialah untuk menunggu sekurang-kurangnya 40 minit.. benda ni pun tengok pada kawasan jugaklah kot... kalo ramai tu lagi lamalah.. tu belum lagi yang tersalah bungkus.. orang mintak pizza ayam, dia kasi pizza kambing... kang yang makan tu jenis ada darah tinggi, tak ke haru...
Maka menunggulah anak Tn. Haji ni kat dalam sementara Tn. Haji menunggu dalam kereta dengan enjin dan air-cond terpasang... dalam lebih kurang 10 minit, anak Tn. Haji tu keluar dan buka pintu kereta... tekejut Tn. Haji bila tengok anak dia balik dengan tangan kosong.. "Hah.. kenapa kakak.. kedai pizza tu dah tukar menu jual apam balik je ke..??" ok.. yang ni aku tambah... anak perempuan Tn. Haji membalas... "tak delah bah... lama lagi nak siap.. jomlah kita tunggu kat dalam.. tutup air-cond dengan enjin ni... abah mencemarkan alam sekitar lah..."
Tersentak Tn. Haji.. bayangkanlah budak umur 12 tahun dah tahu untuk praktiskan benda-benda simple macam ni... Tn. Haji bukannya tak tahu benda ni.. dah 52 tahun dah umur dia...aku rasa ramai yang tahu tentang perkara-perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar... cuma kita tak praktis... jadi sampai sekarang keluarga Tn. Haji dah praktiskan untuk agihkan sampah yang boleh di kitar semula dengan yang tak boleh dikitar semula... ini bukan rekaan.. ini cerita betul... kecuali part yang Tn. Haji tanya anak dia pasal kedai pizza tukar jual apam balik tu...
Aku sekarang pon dah mula bawak beg sendiri kalau beli barang.. kalau setakat benda kecik-kecik macam ubat ketiak ke, ubat gigi ke, pisau cukur ke, tak payahlah pakai plastik. .. masuk dalam poket seluar je dah muat... ... member-member kat ofis pon dah ada yang bawak bekas makanan sendiri kalau rasa-rasa nak tapau makananan dari kafe dan makan dalam ofis... ada orang yang influence diorang kot... benda-benda macam ni kalau 2-3 orang yang buat memang tak terasa kesan dia... tapi kalau berterusan dan ramai yang buat.. aku rasa boleh lah kurangkan sikit indeks pencemaran kita..
Benda ni macam konsep kaizen... buat perubahan... kalau seorang yang buat mungkin tak nampak hasilnya.. tapi kalau 1000 orang buat benda yang sama... korang boleh pikir sendiri kot....
aku ada video nak kongsi... terima kasi jimbo yang kongsi benda ni kat blog dia.. video ni mungkin dari perspektif orang Amerika... tapi aku rasa kita boleh ambik iktibar....
nota tapak kaki;
"entry" yang kurang unsur kecindan... sekali-sekala kena serius gak kan...

dilema,
hijau,
nota untuk diri
3.6.10
Abdullah dan gadis-gadis
"Ah..!! cilake.. salah cakap....malu aku........." bentak Abdullah dalam hati.. telinga Abdullah dah panas...
Jarang-jarang telinga Abdullah panas macam ni... dia dapat rasa panasnya, tapi tak dapat nak pastikan sama ada telinga dia merah atau tak... pasal mata dia tak dapat nak tengok telinga sendiri.. cermin pon takde...
Seingat Abdullah, ada dua situasi je yang buat dia panas telinga.. pertama, kalau dia marah sangat.. sampai tahap menyirap...membuak-buak...
Pernah pada satu hari ada budak datang bikin panas sama Abdullah... budak jenis hati kering, batang tubuh pun kering... selalunya kalau dah sampai marah tahap telinga panas ni, Abdullah akan cuba lari dari dari situasi itu... bukan takut.. tapi arwah atuk yang pesan suruh beredar cepat-cepat... ada sebabnya...
Tapi hari tu tahap sabar Abdullah dah lebih dari maksimum... Abdullah back-hand sekali budak tu.. sekali je... budak tu tak sempat ngelak... berpusing... dua kali budak tu berpusing.. bukan sekali, tapi dua kali... tersembam budak tu dibuatnya.. berbuh-buih mulut budak tu.. dah macam kena sawan dah...
Ipin, kawan Abdullah yang ada dekat situ ternganga, macam Pak Abu.. kenal Pak Abu? Alaa.. yang kena sound dengan che'gu sekolah orang dewasa tu.. risau takut masuk dek lalat... Patutlah arwah atuk Abdullah suruh blah cepat-cepat kalau marah.. cepat-cepat pergi amik wuduk.. tak yah nak duduk-duduk dah.... entah ilmu apa yang arwahnya dah tanam, Wallahua'lam...
Tapi nganga Ipin tak lama.. cepat-cepat dia pergi tarik Abdullah beredar... dengar cerita, ke ICU budak tu pegi.. dua bulan koma.. tapi itu cerita-cerita je lah.. biasalahkan... orang kita kalau bab-bab membesarkan cerita ni nomor wahid... cuba baca mastika pasal black metal tu... yang korang baca sekarang ni pon boleh jadi dibesar-besarkan jugak...
Situasi kedua yang boleh menyebabkan telinga Abdullah merah adalah bila dia malu... dan Abdullah tak pernah rasa semalu ini...
Satu minit empat puluh tiga saat sebelum kejadian....
Gadis 1: "Wei.. mana kedai makan yang best kat sini... suggest lah kat kamiiii...." (sambil tergedik-gedik)..
Gadis 2 dan 3: "Ha'ah laa... bawak lah kamiiii...." (terikut-ikut dengan gedik Gadis 1)..
Abdullah: "Hah! aku ni nama je orang sini... tapi sumpah aku tak tau kat mana tempat makan yang best kat sini"...
Gadis-gadis: "Alaaa.. saje je tau.. tanak bagi tau kitowang..." (gedik makin menjadi)...
Abdullah: "Betul aku tak tau... " diam seketika, seperti memikirkan sesuatu... "tapi ada satu tempat yang paling best kat sini yang aku tau paling sedap" sambung Abdullah...
Gadis-gadis: "Kat mana.. kat mana, bawakla kamiii...." (belum ada tanda gedik nak reda)...
Abdullah: "Kat rumah mak aku lah.. keh.. keh.. keh" tergelak Abdullah sendirian.. menyangka lawaknya menjadi... gadis-gadis tadi mula reda sikit gediknya... tapi gelak Abdullah tak dibalas...
Pada ketika ini Abdullah sedar lawaknya tak menjadi.. tapi bukan sebab ini Abdullah jadi panas telinga...
Gadis 3: "Apa lagi.. bawaklah kami ke rumah maknya..." muka sirius...
Abdullah: "Hah.. aku buat lawak lah tadi... tapi betul ke nak rasa masakan mak aku nih"...
Gadis 2: "Betul laahh... bila nak bawak?"
Abdullah: "Boleh je... tapi kena jadi menantu dia dululah... hik..hik...hik" Abdullah cuba lagi membuat lawak...
Pada ketika ini Abdullah perhatikan sorang-sorang muka gadis-gadis yang bersembang dengannya... gedik dah hilang.. masing-masing senyum.. tapi tawar... setawar air limau suam yang baru dihirup oleh Abdullah... (maklumlahkan.. gula sekarang kena catu... negara pengeluar gula kurang gula... apa daaa...) Abdullah kenal betul dengan senyuman itu.. senyum kambing... tanda lawaknya di reject untuk kali kedua...
Pada ketika ini juga Abdullah baru tersedar akan ayat-ayat yang baru diucapkan tadi...
"ni ayat buaya ni.." kata hati kecil Abdullah...
"macam mana boleh terkeluar ayat-ayat macam ni..??" fikir Abdullah lagi....
"tak kan lah arwahnya tanam ilmu macam ni kat aku..??" Abdullah sudah mula gundah...
Abdullah bukanlah seorang yang buaya... bahkan sampai sekarang dia belum berpunya... Bab-bab mengorat ni langsung tak tau... tapi dia terkejut macam mana ayat yang boleh tahan buaya pada fikirannya itu boleh terpacul dari mulut dia... dan yang paling dia terkejut, macam mana dia boleh berani nak cakap macam tu... Abdullah bukanlah seorang yang buaya..

.................................................................................................................
Apa laa Abdullah ni... benda macam ni pon ko nak malu ke?? boleh tahan b@^g@^g gak ko ni...
Nota tumit pecah ...
Agak-agaknya, orang-orang yang lambat kawin tu pasal takde kemahiran mengorat kot...?????

Abdullah,
fakta auta,
malu,
panas
Subscribe to:
Posts (Atom)