26.4.11

Bahasa jiwa bangsa

Pada satu malam, sedang aku membaca surat khabar Profane Existence, satu mesej pesanan ringkas hadir tanpa diundang.

Aku lihat nama yang terpapar di skrin.

Anak murid.

Mesejnya begini;

"En, sok en adew k0l bapeww, kitOwang nak jupeww lew, nk st0ry2 sal prjek skit, x tau nk wat cm new lew, lau nk jpew nak kt new"..

Aku balas;
"Apa awak mengarut ni? sepatah haram saya tak faham, awak pakai bahasa apa? C++? java? Cobol? Pascal? banyak benar syntax error, hantar balik mesej awak."

Dia balas (15 minit kemudian);
"Maaf Encik, kami nk tnya, esok boleh jumpa tak? nak bincang pasal projek, boleh jumpa bila n kat mana?"

Aku balas balik;
"Jumpa saya 1/2 jam lepas pukul 5 ptg di makmal RK1"

Dia balas semula;
"hah? kol berapa tu?"

Aku balas balik;
"pukul 5 setengah lah, dan lain kali jangan bagi bahasa yang saya tak faham macam tadi, ringkasan tak apa."

Dia balas semula;
"Baik encik, maaf..huhuhu"
.
.
.
.
.

Esok, pukul 5.25 ptg;

"En, kitowang dah de kt mkml ni, klas bis awl td, blh jpew skang kew, kitowang tngu kt dpn ni jew...."

PANG!!!!!!

Casing ke utara, bateri ke selatan, keypad entah ke mana...

"Adoi, nak kena beli telefon bimbit yang cuit-cuit skrin jugak nih, takyah pakai keypad macam sekarang ni, tiap kali kena baling asyik hilang je.."


22.4.11

Anu dalam kereta... penerangan..

Bacalah sendiri.. tengah malas ni...

Agak-agak korang pun malas baca... sila skrol ke bawah.. ada kesimpulan kat situ...

When you're in an airplane flying at 600 mph, you can easily walk from the back to the front. Now you can't possibly run at 600 mph, let alone walk that fast, so how do you do that?

Answer: You're being carried along with the air in the airplane and all the rest of the airplane.

When you drop something in the airplane, it doesn't suddenly fly to the back at 600 mph either.

If course if the roof came off (see the Aloha Airlines "zip-top" 737) things would be a bit different.

Back to the mosquito and the car - if it was a convertible with the top down the mosquito would have a much tougher time of it.

But with the roof on and the windows up the fact that there is a 60 mph wind outside the car affects the car's occupants not at all.

When you're in a bus moving at 60 mph, you don't have any problem walking from back to front, right?

"But flying is different" - no it isn't, not as long as the windows are closed. The car moves the air, and the air moves the fly. Just like the car moves the seat, and the seat moves you. Or the bus moves the bus's floor, and the floor moves you because you're standing on it. So with zero effort on the fly's part the fly moves at 60 mph down the road, just like you do sitting in the car seat or standing in the bus. If the fly expends some effort it can move fore and aft within the car... this takes exactly as much effort as if the car wasn't moving.


Kesimpulan: Kereta bawa angin, angin bawa nyamuk... benda yang sama terjadi pada makhluk kat bumi... bumi berpusing pada kelajuan 1670 kilometers/jam jika kita berada di atas garisan khatulistiwa. Kalau korang duduk kat kutub utara atau selatan, lagi cepatlah masanya.


10.4.11

Melayang




Selain dari Mogwai, Explosions in The Sky, Sigur Ros dan post-rocker2 yang lain, budak-budak ni pun mampu buat aku melayang kejap.. tak lupa juga The Calm Blue Sea..

Layan[g].....

9.4.11

Anu dalam kereta.

Assalamualaikum...

Amacam tajuk? Suspen ke? Aku nak cerita pasal nyamuk je lah... kehkehkeh...

Akhir-akhir ni aku agak musykil sikit dengan satu situasi ni,,
Benda ni sebenarnya tiap-tiap hari berlaku depan mata, tapi baru 2-3 hari ni aku perasan..

Macam ni situasinya.. tiap-tiap hari aku akan pergi kerja naik kereta.. biasanya aku pandu rilek-rilek.. 60-80 km/j..
Tapi kalau dah lambat, aku boleh besit sampai 120 km/j.. itu jam "segala pokok bakau, batu semua ko langgar Ramli", bak kata Sudin.... tapi jaranglah berlaku...

Jadi, apa yang jadi kemusykilan aku ni adalah tentang nyamuk yang menginap dalam kereta aku ni...

Berapa kelajuan seekor nyamuk ketika terbang pada satu garis lurus? Aku ada buat carian artikel melalui google dan terjumpa satu artikel dari majalah Time... aku tampalkan satu perenggan dari petikan artikel tersebut di bawah ni..

The insects easiest to study in this way are mosquitoes, bees, flies, etc. Dr. Hocking puts one of them on the mill and makes it fly until it is exhausted, which means that its nectar tank is empty. Then he refuels it (a tricky business) with a measured amount of nectar and starts it flying again. When it stops he knows how far it has flown on the fuel that he gave it. Modifications of this experiment enable Dr. Hocking to figure the most economical cruising speed of each insect. Mosquitoes fly most efficiently at 2 ½ m.p.h. Bees cruising at 7 m.p.h. get 4,000,000 miles per gallon of nectar; flies get 2,000.000 miles per gallon at 10 m.p.h.

Read more: http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,825364,00.html#ixzz1J2E9e9HM


Jadi, daripada kajian tahun 1957 tu menyatakan bahawa seekor nyamuk boleh terbang pada kelajuan 2 setengah batu sejam.. lebih kurang 3.218688 kilometers sejamlah.... itu kalau nyamuk tu dalam situasi tiada gangguan seperti angin, fumakilla, ridsect, tangan yang menepis dan menepuk serta raket elektrik pembunuh serangga. Maknanya nyamuk tu terbang dalam keadaan efisien.

Tapi yang aku jadi hairan, kenapa bila aku besit kereta aku pada kelajuan 120 km/j, nyamuk-nyamuk yang terbang dalam kereta aku ni tak tertinggal ataupun menepek pada cermin belakang kereta aku? Apasal ye? Faham ke awak-awak semua yang baca ni?

Maksudnya, kalau nyamuk tu berada di udara dalam kereta aku, bukan tengah bergosip atas kerusi, dashboard atau lantai kereta aku, mestilah nyamuk tu tertinggal bila aku buat pecutan.. kan? Kalau ikut logik akulah..

Dari segi fizik? Kejap lagi aku cari...

4.4.11

Pose mintak nasi tambah


Lama dah tak tangkap gambar pesen-pesen mintak nasi tambah nih.

Mamat Mat Saleh tu kalo ditengokkan, besar sikit kembang tangan dia.. maknanya dia mintak nasi banyak sikit.

Yang mamat pakai baju Phobia belah kanan tu mintak sikit je nasi. Pasal dah selalu makan.

Yang mamat pakai baju Phobia tulisan merah dengan Brutal Truth tu pulak bagi tau dua bilah yang kat tengah garfu dah patah. Payah nak cucuk roti canai. Tak lekat.