"Ha'ah laaa.. cukup lagi ke minyak tu nak sampai"... gadis 2 bertanya..
"Cukup... kereta ni kan pernah dipilih oleh Fuel Efficiency Awards 2009 sebagai antara kereta yang paling efisien tentang penggunaan minyaknya iaitu 6.8 litre/100km... dengan teknologi enjin i-Vtec yang digunakan, aku yakin kita boleh sampai ketempat tujuan kita.. malah boleh pusing satu round lagi kat pekan tu" bersungguh dan skema sekali Abdullah menerangkan tentang kelebihan kereta itu kepada gadis-gadis yang dibawanya, dan sekaligus dia harap dapat mengurangkan kerisauan gadis-gadis itu...
"Tapi.. ko tau kenapa stesen tu tutup awal..." nada suara Abdullah berubah... seakan-akan mahu membuka satu cerita seram...
"Tak yah cerita laa kot... " gadis 1 dah gusar, gentar dan ketar.. dia seperti tau akan niat Abdullah itu... gadis 2 senyap... tangannya dah standby nak tutup telinga...
Abdullah tak hirau.. diteruskan juga ceritanya...
"Dulu, stesen ni bukak sampai 2-3 pagi... tapi pada satu malam, salah sorang pekerja kat situ ada jumpa benda takde kepala..."
"KO NI KAN... AKU DAH CAKAP TAK YAH CITER!!!!".... marah betul gadis 1...
"Ko tau apa benda yang takde kepala tu???" Abdullah teruskan juga bercerita....
"TAK YAH LAA KOT!!!" makin kuat gadis 1 bersuara.. gadis 2 dah pejam mata, dua tangan tutup telinga, dan ada satu tangan tutup hidung... eh.. mana datang tangan tutup hidung tu??? pedulikan...
"Ko nak tau tak??"
Gadis 1 dah senyap.. muka ada sikit pucat....
"Pekerja tu jumpa batang paip yang dekat pam tayar tu takde kepala... hilang kena curi... pastu dia bagi tau kat manager tempat tu... risau gak diorang, hari ni paip hilang kepala.. kang beso-besok kena rompak pulak.. sia-sia je, tu yang tutup awal tu... kehkehkeh"... sambung Abdullah tanpa perasaan...
Maka berbakul-bakul makian diterima oleh Abdullah sepanjang setengah jam perjalanan itu... Langsuir yang potong angin kat belakang kereta juga terkekeh-kekeh ketawa.. tak jadi nak kacau...