1.12.10

MAHA

Sia-sia je aku jadi petani separuh masa kalau tak pergi expo MAHA2010....

Persoalannya sekarang.. apa kejadahnya aku buat kat Ipoh sampai 10 hari dan sekarang ada kat Lumut sampai 3 hari...??? Damn...

Harap-harap hujung minggu ni takde apa-apa hal yang mengganggu aku nak ke sana....

Memang tak true weh jadi petani moden kalau tak ke sana.....


Nota kaki terpeleot.

Lagu-lagu dari Compulsion to Kills dan Tool of the Trade dan beberapa kumpulan muzik tempatan boleh menjadi pemangkin kepada proses menebas lalang... ini adalah fakta... aku dah mengalaminya sendiri... kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menghidupkan enjin mesin penebas rumput... alam sekitar juga dapat dipelihara... kumpulan muzik tempatan juga mungkin ada peluang nak jual material mereka di MAHA...

19.11.10

Abdullah dan gadis-gadis part 2...Benda tak ada kepala

"Awal gila stesen minyak ni tutup, baru kol 11 lebeyhhh".... gadis 1 merungut..

"Ha'ah laaa.. cukup lagi ke minyak tu nak sampai"... gadis 2 bertanya..

"Cukup... kereta ni kan pernah dipilih oleh Fuel Efficiency Awards 2009 sebagai antara kereta yang paling efisien tentang penggunaan minyaknya iaitu 6.8 litre/100km... dengan teknologi enjin i-Vtec yang digunakan, aku yakin kita boleh sampai ketempat tujuan kita.. malah boleh pusing satu round lagi kat pekan tu" bersungguh dan skema sekali Abdullah menerangkan tentang kelebihan kereta itu kepada gadis-gadis yang dibawanya, dan sekaligus dia harap dapat mengurangkan kerisauan gadis-gadis itu...

"Tapi.. ko tau kenapa stesen tu tutup awal..." nada suara Abdullah berubah... seakan-akan mahu membuka satu cerita seram...

"Tak yah cerita laa kot... " gadis 1 dah gusar, gentar dan ketar.. dia seperti tau akan niat Abdullah itu... gadis 2 senyap... tangannya dah standby nak tutup telinga...

Abdullah tak hirau.. diteruskan juga ceritanya...

"Dulu, stesen ni bukak sampai 2-3 pagi... tapi pada satu malam, salah sorang pekerja kat situ ada jumpa benda takde kepala..."

"KO NI KAN... AKU DAH CAKAP TAK YAH CITER!!!!".... marah betul gadis 1...

"Ko tau apa benda yang takde kepala tu???" Abdullah teruskan juga bercerita....

"TAK YAH LAA KOT!!!" makin kuat gadis 1 bersuara.. gadis 2 dah pejam mata, dua tangan tutup telinga, dan ada satu tangan tutup hidung... eh.. mana datang tangan tutup hidung tu??? pedulikan...

"Ko nak tau tak??"

Gadis 1 dah senyap.. muka ada sikit pucat....

"Pekerja tu jumpa batang paip yang dekat pam tayar tu takde kepala... hilang kena curi... pastu dia bagi tau kat manager tempat tu... risau gak diorang, hari ni paip hilang kepala.. kang beso-besok kena rompak pulak.. sia-sia je, tu yang tutup awal tu... kehkehkeh"... sambung Abdullah tanpa perasaan...

Maka berbakul-bakul makian diterima oleh Abdullah sepanjang setengah jam perjalanan itu... Langsuir yang potong angin kat belakang kereta juga terkekeh-kekeh ketawa.. tak jadi nak kacau...

18.11.10

Pilihan

Perhatian kepada awek-awek semua... kalau diberi pilihan antara antara KLCC dengan balak, mana ko nak pilih...???

Fikir betul-betul dowh.. pilih balak dapat comolot dowh, pakej sekali dengan dapat maki dengan dosa dowh.. kalau pilih KLCC, ko nak cium apa dowh?? jambatan kat tengah-tengah KLCC tu?? Lagi bagus ko cium jambatan tu dowh...

Kalo aku diberi pilihan..??? aku pilih tapak tangan untuk pipi awek tu, dan siku untuk halkum balak tu.. kasi sedas cukuplah...... dowh... ishk... rasa ada sikit celaka cakap pakai "dowh" kat hujung-hujung nih...

Maki tu maki jugak kan... diri sendiri ni belum tau macam mana nak jadi kalau nafsu dan setan dah rasuk...

Na'uzubillahiminzaalik... Mintak dijauhkan oleh Allah dengan benda-benda macam ni... bak kata orang dolu-dolu.. simpang malaikat empat puluh empat... secara sirius, aku tak berapa nak faham dengan frasa simpang malaikat empat puluh empat nih... mana punya ilham datang daaa...

Budak-budak perempuan sekarang memang dah senang kena rayu eh?? dowhhh... kehkehkeh....

Nota kaki teseliuh;
Kebejatan sosial (tak kira remaja atau orang tua) sekarang ni aku syak bermula dari rumah... dari akar umbi.. kalau tak kuat iman di dada, maka anasir-anasir negatif senang nak serap dan resap dalam diri sepanjang proses membesar, maka tingkah laku "comolot" di tepi jalan, beromen di tepi jalan dan buang bayi, juga di tepi jalan akan jadi "trend".. tapi "busking" di tepi jalan aku suka..

21.10.10

Inspirasi pagi

Pemilik Lancer GT ada marah-marah macam Hitler ni ke??


Sedap gak bagi nama WaLan.... chow dulu ah... member aku tengah tunggu dengan Evo downgrade Waja kat luar...

Cib.. eh... Cabai!!! Kah kah kah!!!

10.10.10

Busy; (b[i^]z"z[y^]), To make or keep busy; to employ; to engage or keep engaged; to occupy;

Semenjak dua menjak ni, kerja aku betimbun ngalahkan menteri... balik keje pon malam...

Sekarang ni nak salahkan siapa kalau sampai jiran sebelah rumah nak kahwin pun aku tak tau... bukan jiran selang sebuah atau dua buah rumah, tapi jiran sebelah rumah... bila aku nak belok masuk simpang rumah aku, tau-tau dah dah terpacak 4 buah khemah kenduri... bila masa diorang pacak nih?... mesyuarat kenduri entah bila diorang buat aku pun tak tau... alamak aaaiii..

Seperti biasa, kalau dah ada kerja kahwin macam ni, mana-mana yang bujang tu akan panas sikitlah telinganya... Ahli Jawatan Kuasa Kenduri Taman dah bagi amaran.. mereka bilang aku kena cepat-cepat buat kenduri sementara mereka masih ada kederat nak buat kerja-kerja kahwin nih... Makcik Pah siap buat tawaran nak tolong cari jodoh nih.. perghh... seperti biasa, aku suruh mereka standby je bulan 11 atau 12, tahun jangan tanya lagi...kehkehkeh

Untuk makluman, Makcik Pah seorang yang yang peramah, walaupun pakai purdah... mata je nampak, yang lain terlindung seperti yang disarankan... kadang-kadang mata pon tak nampak, tapi kita boleh tau kalau dia senyum... aku terfikir kejap tadi, kalau jadilah aku dengan calon dari dia, adakah aku kena korbankan hobi aku? Cakera padat lagu huru-hara dan baju-baju aku yang ada gambar orang makan orang tu nak kena tolak ke? Belum sanggup lagilah.. tihihihi...

Tapi tak adil rasanya kalau aku merungut pasal kesibukan aku kat sini... macamlah aku sorang je yang sibuk... Ku Li pon sekarang ni tengah sibuk sampai kena tangguh cuti kat luar negara nu.. Tan Sri Ismail Omar pun tengah sibuk nak menepis pasal cerita-cerita hantu sekarang ni... angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pon tengah sibuk.. bila dia nikah? siang tadi ke? kalau siang tadi, malam ni lagilah dia sibuk.. kot?.. ke macam mana?

Nota kaki sengal tampal koyok...
Kerja, kalau kita dok layan, sampai mati pon tak habis.. tak gitu?

17.9.10

digital rosak... janin nak kojol

Sabar bob.. rilek... bukan lama lagi pon.. lusa je... lu kasi servis dulu kamera... Sony kena bawak... Yashica FX-3? Ahh... angkut je lah... bila lg nak cuba? Filem cari jap lagi... Tiket dah tempah...Kat kolumpo nanti gi beraya dulu mana yang patut... isi perut... lepas asar terus cargas...

Satu band rabak tak hengat... satu band lagi brutal tak hengat... tapi dua-dua adalah band yang pernah "mengisar" hidup aku (dan masih lagi)... damage digital.. ini kali kedua... dying fetus.. ini kali pertama...

Persoalan... macam mana nak memastikan pada keesokan harinya aku boleh bertugas seperti biasa tanpa mengalami sakit-sakit dan sengal-sengal badan... adakah aku perlu mc? Adakah? Benda ni tak perlu plan dan pikir sangat... biar dia jadi kejutan.. Tengok macam mana nanti...

Kasi up sikit spirit....




8.9.10

Rendang Hijau... jangan slam dalam kuali tau....

Assalamualaikum...

Sepanjang Ramadhan banyak benda berlaku.. tak gitu?? Cerita yang penuh dengan rahmat, tak kurang juga dengan cerita-cerita bangsat... semua dah tau kot cerita-cerita sensasi-sensasi sejak dari 1 Ramadhan, sampailah malam semalam 29 Ramadhan... malam ni ngan esok tak tau lagi apa cerita.... tapi malam esok dah 1 Syawal....


Aku peratikan bloggers lain agak aktif gak membuat nukilan dengan isu-isu bulan Ramadhan ni... kat facebook pon sama gak, forum pon gitu... daripada isu buang bayi pada awal-awal Ramadhan, bunuh diri masa tengah-tengah Ramadhan, sampailah ke isu Santa naik beca masa akhir-akhir Ramadhan ni,-->Ramadhani...? ishk teringat pulak kat budak Nia Ramadhani... dia jadi sayuran apa plak skang eh? Dulu bawang merah kan? Bawang tu orang panggil sayur ke..?? Tapi yang pasti esok akan ada kerahan tenaga untuk potong/ricih potong bawang, basuh/potong ayam dan daging, rebus nasi himpit/ketupat, dan macam-macam lagi... sebagai anak yang patuh, korang semua ikutkan ajelah, tak baik derhaka...

Kali ni aku nak buat entry untuk Ramadhan terus sambung Syawal (raya) punya... senang, sekali harung je... terimalah...

Resipi Rendang Hijau (untuk sekilo daging atau seekor ayam)

Bahan-bahan...

Santan kelapa - 2 ringgit, sekilo lebih kot, pegi laa mana-mana pasar, pastu order 2 ringgit... (santan tau.. bukan Santa.. Santa ada kat luar tingkap tu... tengah naik beca...cuba jengok)

1/2 bungkus kerisik, tak kenal kerisik? mana boleh.. Melayu kena kenal kerisik..

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
  • 3 benda kat atas dikisar bersama
1 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu jintan putih
  • 3 benda kat atas dikisar bersama.. (ketumbar dan jintan pon Melayu kena kenal)
halia - panjang ibu jari mak... (1 inci kurang lebihlah)
serai 2-3 batang
sedikit lengkuas dan kunyit
  • 3 benda kat atas dikisar bersama (yang kat atas ni kenal tak...?? kalo Melayu, kena kenal lah)
10 biji cili hijau
sedikit cili api hijau gak.. agak-agaklaa kan.. kalo nak pedas boh lebih sikit...
  • 2 benda kat atas dikisar bersama (yang dua ni kalo tak kenal memang saje je laa jadi Melayu)
Air, gula, garam dan air asam jawa secukup rasa..

Cara masak...
  1. Baca bismillah.. yang ni tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, kalo Islam mesti baca... kalo setiap step tu dibaca, lagi elok...
  2. Gaulkan daging dengan bahan yang telah dikisar
  3. Masak dalam kuali hingga daging separuh masak
  4. Masukkan santan, kerisik, gula, garam dan air secukup rasa...
  • kalau daging tu tak empuk, masukkan lah lagi air.. kalo dah biasa masak tu tau laa kan...
  • kalo ikut step yang ni tak payah pakai minyak... kalo nak pakai minyak.. tumis je benda-benda yang dikisar tadi, bila dah garing, masukkan daging, kasi empuk.. pastu masukkan santan... jangan masukkan Santa tau...
  • Yang ni mak aku pesan, - " buat elok-elok insyaAllah jadi"
Untuk resipi ni, aku dah cek dah setiap baris, ayat, perkataan.. takde unsur-unsur Illuminati, Yahudi, tepesong sana-sini...

1/2 kerisik tu tak ada makna tersirat yang mengatakan bahawa itu adalah puak Yahudi nak potong iman kita...

3 benda yang dikisar bersama bukan fahaman Triniti Kristian...

halia - panjang jari ibu emak... bukan ingin menyelitkan fahaman Mother Mary...

Sapa-sapa yang pandai-pandai buat teori bangang pasal apa yang aku tulis ni, bagi tau aku kat mana dia tinggal, aku nak kasi pelempang laju-laju... biasa nih... ingat nak bagi santau, tapi santau-santau ni bulan puasa tak jalan (santau tau.. bukan Santa... Santa tengah parking kat Menara Condong Teluk Intan)..

Akhir kalam.. Selamat mencuba resipi ni... usaha jaya.... Selamat Beribadah Dibulan Ramadhan (ada 1 malam lagi ni) dan Selamat Menyambut Aidilfitri... ampunkan dosa aku kalo ada salah dan silap.. yang ni sirius....

Assalamualaikum...