Showing posts with label tepat ke muka. Show all posts
Showing posts with label tepat ke muka. Show all posts

18.11.10

Pilihan

Perhatian kepada awek-awek semua... kalau diberi pilihan antara antara KLCC dengan balak, mana ko nak pilih...???

Fikir betul-betul dowh.. pilih balak dapat comolot dowh, pakej sekali dengan dapat maki dengan dosa dowh.. kalau pilih KLCC, ko nak cium apa dowh?? jambatan kat tengah-tengah KLCC tu?? Lagi bagus ko cium jambatan tu dowh...

Kalo aku diberi pilihan..??? aku pilih tapak tangan untuk pipi awek tu, dan siku untuk halkum balak tu.. kasi sedas cukuplah...... dowh... ishk... rasa ada sikit celaka cakap pakai "dowh" kat hujung-hujung nih...

Maki tu maki jugak kan... diri sendiri ni belum tau macam mana nak jadi kalau nafsu dan setan dah rasuk...

Na'uzubillahiminzaalik... Mintak dijauhkan oleh Allah dengan benda-benda macam ni... bak kata orang dolu-dolu.. simpang malaikat empat puluh empat... secara sirius, aku tak berapa nak faham dengan frasa simpang malaikat empat puluh empat nih... mana punya ilham datang daaa...

Budak-budak perempuan sekarang memang dah senang kena rayu eh?? dowhhh... kehkehkeh....

Nota kaki teseliuh;
Kebejatan sosial (tak kira remaja atau orang tua) sekarang ni aku syak bermula dari rumah... dari akar umbi.. kalau tak kuat iman di dada, maka anasir-anasir negatif senang nak serap dan resap dalam diri sepanjang proses membesar, maka tingkah laku "comolot" di tepi jalan, beromen di tepi jalan dan buang bayi, juga di tepi jalan akan jadi "trend".. tapi "busking" di tepi jalan aku suka..

24.7.10

Tanpa wayar





"dutakdutakdutakdutakdutakdutak .....trrak dudutaakk... taktaktaktaktaktaktaktaktaktakk... takdung dung.. takk dung dung.. takktakktakktakktakktaktakktakktakktakk.... trrak drrung.. trrrak.. drrrung... dudududutakdududududududutakdudududutak ududududududutak........"

Abdullah dah start warm-up.... selaku pemain dram untuk kumpulan gitar huru-hara (kugihuha) - Structure at Considerable Rate (SACR) yang berdedikasi dan berkaliber, dia memang selalu orang yang pertama sampai di studio jamming milik Bob Constant, Power House Musical Studio..... Abdullah memang berkaliber... berkaki lebar....?? mungkin jugak... kasut saiz 10-11....

Bob Constant perati je Abdullah dari luar melalui cermin... risau gamaknya barang dia rosak... tapi dia tau, band Abdullah adalah band yang bertanggungjawab.. tak pernah lagi diorang main sampai kasi rosak barang-barang studio... SACR adalah satu-satunya band grindcore huru-hara yang dapat pengiktirafan ISO 666 dari Bob Constant untuk main dekat studio dia... pernah jugak beberapa band dari kategori musick bising macam SACR main dekat studio dia.. semua kena halau... tetapi tidak dengan SACR...

SACR selalu misfits.... bukan band misfits tuh.. tapi misfits jenis tak kena tempat... apa kejadahnya masuk battle of the bands main lagu Pig Destroyer, Infectious Maggots, Nasum, Extreme Noise Terror dan sebagainya... memang takde harapan nak dapat top ten... menang apakan lagi... tapi SACR pernah dapat nombor dua pasal Bob Constant jadi pengadil untuk salah satu battle of the bands tu.... kronisme memang wujud di mana- mana... tapi agak-agaklah kan... kalo Bob Constant ni mengamalkan kronisme melampau... dah tentu-tentu daripada gitarist terbaik, bassist terbaik, pemain dram terbaik, sampailah kepada vokal terbaik, memang SACR sapu....

10 minit kemudian bassist sampai... Midi... bassist yang termakan racun untuk bermain grindcore dengan Abdullah dan Sopek, gitaris SACR... bunyi bass midi memang lemak.. tapi dah arwah.. err..bass dia yang arwah.. dia hidup lagi... Midi kalu main bass style-style funky ala-ala Flea Red Hot Chili Peppers (RHCP) memang cara... SACR memang ada cover 1 lagu dari RHCP ni, If You Have to Ask.... tapi musick jelah... takde orang nak rapping ala-ala Anthony Kiedis... nak harapkan Lee Choq Sambai.. dia tau growl dan scream je...

Sementara nak menunggu Sopek selaku gitarist dengan Lee Choq Sambai selaku vokalis tiba(kadang-kadang Lee Choq Sambai gelarkan dirinya vokills, tapi tak kemana pon sebenarnya vokal dia), Abdullah dan Midi berangan jadi band Cause For Effect.. grindcore takde gitar.... Bob Constant perati lagi dari luar sambil kepala terhangguk-hangguk melayan part groovy... sampai part blast dengan grind... Bob Konstant kerut dahi... dah tak reti nak layan macam mana...

Tiba-tiba pintu bilik rehearsal terbukak... Sopek masuk menyandang gitar Yamaha kidalnya...Sopek adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan band ini... Bersama Abdullah, mereka mempunyai satu misi untuk menubuhkan satu band grindcore yang ada wawasan... sebelum Midi masuk, ramai jugak dah diaudition untuk bermain bass dengan band mereka.. Taja Meet Uncle Hussain pun pernah di test.... bersama Abdullah juga Sopek mengambil keputusan untuk meracun pemikiran Midi dan seterusnya menarik Midi ke dalam ruang angkasa setaannnn.... huh.. macam cerita Gaban le pulak...

Sambil tahan pintu, Sopek memberikan ruang laluan kepada Lee Choq Sambai masuk dengan tangan yang penuh menatang printer.. PRINTER?? ya, printer...mesin pencetak....kepala hotak apa si Lee Choq Sambai ni bawak printer... kalo bawak driller tu boleh terimalah lagi, pasal memang ada plan nak masukkan elemen industrial.. tapi ni printer...

"Ko apahal bawak printer ni Lee... buang tebiat kape?"... Midi menyoal... "kalo nak mampos pon janganlah libatkan kitorang" ... Midi punya mulut memang jarang bertapis...

"Eh... bukan ka hangpa kata nak main industrial sikit-sikit... nih.. aku nak habaq mai... kalo hangpa nak tau, bunyi printer ni lah hat yang paling industrial penah aku dengaq... " balas Lee Choq Sambai sirius...

"Abis tu ko nak cucuk kat mana printer tu..? kat burit ko??" Asak Midi lagi tanpa tapisan....

"Hah.. hang tak tau.. printer ni jenih wireless tanpa wayaq punya...hang on ja.. teghuih boleh keluaq bunyi dia" balas Lee Choq Sambai dengan yakin.... Abdullah dan Sopek sudah senyum sambil pandang Midi... mereka bersedia untuk mendengar berdas-das asakan dari Midi...

"Yang ko menggelupur sangat ni apahal, nak menipu pon agak-agak arr... dah laa printer jenis dot matrix, usb port pon takde... pakai serial kabel je pulak tu... wireless tu pon dah tentu maksud dia tanpa wayar... yang ko nak tipu kasi nama printer wireless tanpa wayar tu apasal...!!! " Abdullah dengan Sopek teguling-guling ketawa kat situ jugak... Lee Choq Sambai hanya mampu senyum sahaja sambi menggaru-garu kepala... berdebat dengan Midi memang cari nahas...

Sejak hari tu, maka bertambahlah lagi nama timangan untuk Lee Choq Sambai.. Lee 'Choq Sambai Menggelupur Wireless Tanpa Wayar'.... selalunya kalo nak tanya pasal Lee Choq Sambai, mereka akan tanya, "Tanpa Wayar apa cerita???" sebagai short form untuk Lee 'Choq Sambai Menggelupur Wireless Tanpa Wayar'....

Pada hari itu, satu lagu baru bertajuk "guling-guling" telah tercipta....


panduan;
du - bunyi drum pedal...
tak - bunyi snare..
trrak - bunyi triplet kat snare..
taktaktaktaktaktaktaktaktaktak - bunyi snare masa part grind/blast..
dung - bunyi tom-tom dram..
drrung - bunyi triplet kat tom-tom..
dudududu - bunyi double pedal..




14.7.10

Kosong

Pernah tak rasa korang kena adjust balik life korang sebab benda-benda yang korang selalu buat dengan member-member dah tak boleh nak buat? Pasal sekarang member-member tu dah ada komitmen lain. Especially mereka-mereka yang dah kawen. Aku rasa macam tu sekarang...

Aku penah rasa bersalah sangat-sangat bila sekali-sekala keluar dengan member-member yang dah kawen ni. Rasa macam dah kacau life diorang. Mula-mula ingat nak keluar lepak-lepak kejap je. Tapi boleh drag sampai 1-2 pagi. Siap jam lagi. Masing-masing nak lepas gian. Masa tengah main tu memang enjoy. Tapi, ada satu peristiwa yang menyebabkan aku rasa bersalah sangat-sangat lepas tu.

Untuk lebih kurang setahun lepas, banyak aktiviti yang biasanya aku buat dengan member-member, aku lebih selesa buat sorang-sorang. Tapi aku rasa macam dah takde kawan la pulak. Pasal setiap kali nak contact, mesti timbul rasa was-was... teragak-agak..

"Minggu ni mamat ni free ke?"

"Bini dia kasi keluar ke?"

"Kang kalo ajak lepak-lepak kang, ganggu pulak quality time dengan family dia"

Sudahnya aku rasa agak kosong sekarang. Nasib baik aku dah berenti rokok. Kalo tak, mau berkotak-kotak aku hadap pasal nak release tension.

Mesti ada yang ingat aku loser gila-gila kan? Tapi itulah realitinya sekarang...



Nota kaki bangku..
Ubat mujarab untuk lepas "tension".. amik wuduk, bukak Al-Quran, baca sekali terjemahan sama tafsirnya... macam senang je kan? tapi tak ramai yang buat.. tak yah cakap orang lah.. yang dok menulis ni pon jarang sangat nak buat...

"entry" aku kali ni banyak pulak perkataan berganda ....

12.5.10

Hal

"Ko buat hal ko, aku buat hal aku.. jgn nak sibuk-sibuk pulak"...


Aku rasa ramai sekarang yang ada attitude macam ni kan? dulu aku ada gak attitude macam ni.. tapi dulu lah.. masa tak matang lagi... jiwa tengah memberontak... tapi bila pikir-pikir balik, buat muhasabah diri...ada masanya kita kena gak "menyebok"... dan sedia untuk "disebok"...

Cuba pikir; "aku buat hal aku.. aku nak terbalik ke, tertonggeng ke, aku punya pasal lah"...

tapi kalo ko punya tonggeng tu dah mengganggu kerja-kerja org lain apa kejadahnya...

Benda-benda "aku punya pasal lah" ni kalo tak keluar dari ruang lingkup peribadi takpe beb... tonggeng lah macam mana pon... aku tak kisah... tapi kalo ianya melibatkan kerja, teamwork, aku rasa kena kawalah tonggeng tu... hormatlah sikit... semua orang nak siapkan kerja.. semua orang pun tension...

Mula-mula tu bolehlah nak guna psikologi.. tapi kalo dah naik kepala, psikologi dah tak boleh blah... jgn sampai aku guna pendekatan sikulogi, sepaklogi, starletlogi dan logi-logi yang lain... setakat jurus-jurus pedang setiawan, pendekar laut dengan wira tunggal tu memang dah ada dalam kepala dah... belum praktik je lagi...nak-nak pulak baru lepas layan Ipman.. fuhhhh.. dia punya jiwa nak belasah orang tu memang naik ah... ada yang sudi jadi bahan... nak try ke?




nota cagu...
nak belajar jadi budiman? tgk Ipman...

30.3.10

Shukla Bose: Teaching one child at a time | Video on TED.com

Shukla Bose: Teaching one child at a time | Video on TED.com



Di Malaysia, sistem pelajaran mementingkan infrastruktur yang canggih dan sentiasa on par dengan teknologi semasa.

Tapi, dari apa yang diperhatikan, peratus infrastruktur ini menjadi gajah putih (underutilized) adalah tinggi.

Cuba bayangkan jika kanak-kanak ini mendapat infrastruktur yang sama dengan apa yang anak-anak kita dapat di sini.

Aku ada terbaca satu artikel menarik untuk dikongsi, dibaca, dihadam dan difikirkan. Setuju atau tidak, terpulang pada kematangan fikiran masing-masing. Klik di sini.

Budak-budak sekarang tolong jangan manja sangat.



Nota tapak kaki,
Kadang-kadang aku rasa budaya subsidi ni boleh bantutkan "survival development" kita gak.

14.3.10

motivasi pagi



satu sesi motivasi pagi yang tepat-stepet-ke-muka-macam-kena-pelempang-backhand-disusuli dgn starlet-dan-satu tiger uppercut penangan sagat....

"stop watching fu**ing LOST!" ... hahaha..


ayat seterusnya ni takde kene mengena dengan video kat atas..

"stop watching fu**king Halimah Jongang!!! Fatimah Juling!!!"

Get a life... aku tgk budak kecik skang dah sing along lagu tu dgn gembira... buat kerja tak pikir akibat...



nota buku lali.
tido balik best ni.. kol 10 kang bangun lah balik.. nama pon hari ahad kan??

7.3.10

takde keje kape?

video ni ada budak post kat forum metalterus .. antu_pogroms yang post...





wtf.. wth... takde keje kape?
kes samun dah selesai ke?
kes cabul dah tutup ke?

anak yg kena buang tu dah tau ke siapa punya angkara?

tapi aku punya penat rewang arini lega skit lah lepas tgk ni.. klaka gak...
buatlah ape pon.. lu orang jgn rasuah sudah...