9.4.11

Anu dalam kereta.

Assalamualaikum...

Amacam tajuk? Suspen ke? Aku nak cerita pasal nyamuk je lah... kehkehkeh...

Akhir-akhir ni aku agak musykil sikit dengan satu situasi ni,,
Benda ni sebenarnya tiap-tiap hari berlaku depan mata, tapi baru 2-3 hari ni aku perasan..

Macam ni situasinya.. tiap-tiap hari aku akan pergi kerja naik kereta.. biasanya aku pandu rilek-rilek.. 60-80 km/j..
Tapi kalau dah lambat, aku boleh besit sampai 120 km/j.. itu jam "segala pokok bakau, batu semua ko langgar Ramli", bak kata Sudin.... tapi jaranglah berlaku...

Jadi, apa yang jadi kemusykilan aku ni adalah tentang nyamuk yang menginap dalam kereta aku ni...

Berapa kelajuan seekor nyamuk ketika terbang pada satu garis lurus? Aku ada buat carian artikel melalui google dan terjumpa satu artikel dari majalah Time... aku tampalkan satu perenggan dari petikan artikel tersebut di bawah ni..

The insects easiest to study in this way are mosquitoes, bees, flies, etc. Dr. Hocking puts one of them on the mill and makes it fly until it is exhausted, which means that its nectar tank is empty. Then he refuels it (a tricky business) with a measured amount of nectar and starts it flying again. When it stops he knows how far it has flown on the fuel that he gave it. Modifications of this experiment enable Dr. Hocking to figure the most economical cruising speed of each insect. Mosquitoes fly most efficiently at 2 ½ m.p.h. Bees cruising at 7 m.p.h. get 4,000,000 miles per gallon of nectar; flies get 2,000.000 miles per gallon at 10 m.p.h.

Read more: http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,825364,00.html#ixzz1J2E9e9HM


Jadi, daripada kajian tahun 1957 tu menyatakan bahawa seekor nyamuk boleh terbang pada kelajuan 2 setengah batu sejam.. lebih kurang 3.218688 kilometers sejamlah.... itu kalau nyamuk tu dalam situasi tiada gangguan seperti angin, fumakilla, ridsect, tangan yang menepis dan menepuk serta raket elektrik pembunuh serangga. Maknanya nyamuk tu terbang dalam keadaan efisien.

Tapi yang aku jadi hairan, kenapa bila aku besit kereta aku pada kelajuan 120 km/j, nyamuk-nyamuk yang terbang dalam kereta aku ni tak tertinggal ataupun menepek pada cermin belakang kereta aku? Apasal ye? Faham ke awak-awak semua yang baca ni?

Maksudnya, kalau nyamuk tu berada di udara dalam kereta aku, bukan tengah bergosip atas kerusi, dashboard atau lantai kereta aku, mestilah nyamuk tu tertinggal bila aku buat pecutan.. kan? Kalau ikut logik akulah..

Dari segi fizik? Kejap lagi aku cari...

2 comments:

Maigrin© said...

yeah! masa saya pulang ceria berbekalkan belon pada waktu kecil dahulu, saya juga terfikir, kenapa belon tak ke belakang masa kereta bergerak 80km/j ?

Unknown said...

Tuhan punya kuasa tu...:)