23.1.11

Dedak naik

Abu menghampiri meja makan tempat lepak Alel dan Ata...

"Hah, tul laa tu dedak naik"... Alel bersuara meneruskan perbincangannya dengan Ata...

Abu yang baru sampai di meja itu terdengar ayat terakhir dari mulut Alel lantas menarik kerusi, duduk dan merenung muka Alel...

"Ko bior betul Lel.. aku baru je call tokey Ah Seng petang tadi tanya pasal stok dedak.. takde pulak dia cakap harga dedak naik.. Aku baru je nak hidup ni hah..."

Abu, seorang usahawan muda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan perniagaan ternak ayam ini berasa risau..

"Baru je 3 bulan aku buat bisnes ni.. untung pun tak dapat lagi, dah harga dedak naik pulak" Abu meneruskan rungutannya...

"Napanyak kao ni Bu.... aku cerita pasal cerita Batman yang baru tu lah.. dedak naik"...

"Woi celaka....THE DARK KNIGHT LAH LEL... THE DARK KNIGHT!!!... tau lah banjar tu pekat.. tapi sebut laa betul-betul!!!" bentak Abu...

Ata sudah ke longkang terguling ketawa.......KAHKAHKAH!!!!





0 comments: