10.10.10

Busy; (b[i^]z"z[y^]), To make or keep busy; to employ; to engage or keep engaged; to occupy;

Semenjak dua menjak ni, kerja aku betimbun ngalahkan menteri... balik keje pon malam...

Sekarang ni nak salahkan siapa kalau sampai jiran sebelah rumah nak kahwin pun aku tak tau... bukan jiran selang sebuah atau dua buah rumah, tapi jiran sebelah rumah... bila aku nak belok masuk simpang rumah aku, tau-tau dah dah terpacak 4 buah khemah kenduri... bila masa diorang pacak nih?... mesyuarat kenduri entah bila diorang buat aku pun tak tau... alamak aaaiii..

Seperti biasa, kalau dah ada kerja kahwin macam ni, mana-mana yang bujang tu akan panas sikitlah telinganya... Ahli Jawatan Kuasa Kenduri Taman dah bagi amaran.. mereka bilang aku kena cepat-cepat buat kenduri sementara mereka masih ada kederat nak buat kerja-kerja kahwin nih... Makcik Pah siap buat tawaran nak tolong cari jodoh nih.. perghh... seperti biasa, aku suruh mereka standby je bulan 11 atau 12, tahun jangan tanya lagi...kehkehkeh

Untuk makluman, Makcik Pah seorang yang yang peramah, walaupun pakai purdah... mata je nampak, yang lain terlindung seperti yang disarankan... kadang-kadang mata pon tak nampak, tapi kita boleh tau kalau dia senyum... aku terfikir kejap tadi, kalau jadilah aku dengan calon dari dia, adakah aku kena korbankan hobi aku? Cakera padat lagu huru-hara dan baju-baju aku yang ada gambar orang makan orang tu nak kena tolak ke? Belum sanggup lagilah.. tihihihi...

Tapi tak adil rasanya kalau aku merungut pasal kesibukan aku kat sini... macamlah aku sorang je yang sibuk... Ku Li pon sekarang ni tengah sibuk sampai kena tangguh cuti kat luar negara nu.. Tan Sri Ismail Omar pun tengah sibuk nak menepis pasal cerita-cerita hantu sekarang ni... angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pon tengah sibuk.. bila dia nikah? siang tadi ke? kalau siang tadi, malam ni lagilah dia sibuk.. kot?.. ke macam mana?

Nota kaki sengal tampal koyok...
Kerja, kalau kita dok layan, sampai mati pon tak habis.. tak gitu?

3 comments:

segitujuh said...

saya sibuk mengomen.

Fnd Rocka said...

Org yg baru kawin..bukan malam je sibuk..siang oun sibuk gak.kekeke memndai je aku.

Tshirt org mkn org tu boleh buat lap meja dah kut..

Unknown said...

segitujuh: silakan.. org yang tak boleh terima komen tu rugi...

fnd: Member aku cakap untuk 2-3 minggu tu memang "sebok".. masa tengah sebok pon sebok, tengah rilek2 pon sebo.. member cakaplah kan...
kehkehkeh...