"Siksa jadi setia nih"... baru-baru ni aku taruk status facebook dan ym aku macam ni..
Adalah 2-3 kerat kawan-kawan yang concern dengan life aku bagi respon...
"awek lu curang ke jo??"...
wa mana ada awek lagi jep, sapa nak curang ngan wa..
"tak payahlah setia sangat, awek ko pun belum tentu setia, pecayalah cakap aku"..
err.. aku rasa ko tau kan aku takde awek lagi...
"agak-agak siksa sangat, cari je lain bob"..
dah kalo aku cari lain, tak setia dah namanya..dan perlu diingatkan sekali lagi, aku belum berawek...
"celaka, kawen tak jemput, tau-tau dah gadoh laki bini..."
statement kurang hajar macam ni perlu dibalas dengan halus... agak-agak kalo ada yang termuntah darah, pastu keluar paku, pisau gilet, fiber, asbestos, minyak hitam ngan serbuk besi dan ntah apa-apa lagi, baik cepat-cepat mintak maaf secara terbuka lah ye.. kalo sempat aku tarik balik lah....
Oklah, kalo ikutkan definisi setia tu mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua;
1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya.
2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya
mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pulak;
loyal; adj 1. faithful to the government, sovereign, etc, taat setia, taat, setia: a ~ supporter of the Sultan, pengikut Sultan yg taat setia; 2. faithful to oath, friend, custom, setia: her father is a very ~ church-goer, ayahnya pengunjung gereja yg sangat setia; a ~ friend is one who stands by you in times of trouble, kawan yg setia ialah kawan yg akan bersama-sama kamu semasa kamu susah.
Kebanyakan respon dari kawan-kawan aku lebih menjurus kepada perhubungan antara balak dan awek... tapi apa yang aku cuba sampaikan masa aku post benda tu kat facebook dan ym adalah lebih luas skop dia... ayat akhir pada definisi Kamus Inggeris-Melayu Dewan tu aku suka... walaupun tak ramai yang praktik... tak yah cakap orang lainlah, aku sendiri kadang-kadang tak buat mcm tu... (sila muhasabahkan diri... ni note utk aku, aku syorkan korang ikut... tapi aku tak paksa..)
Buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara meluaskan lagi pandangan aku tentang setia ni... ko bayangkanlah laki ko kena tangkap bawah ISA... dituduh macam-macam... si isteri tetap setia.. 6 tahun beb.. bukan kejap.. lama tu... dan aku rasa ramai lagi isteri-isteri yang suami-suami diorang yang kena tahan tu tetap setia dan percaya dengan suami diorang...
Lagi satu Hang Tuah, korang ingat mamat tu tak siksa ke bila nak kena kasi awek kawin ngan Sultan, pastu nak kena gi bunuh member sendiri... siksa weh... tu semua pasal setialah tu...
Tapi sebenarnya apa yang aku letak tu bukan mengenai aku sangat pon.. ianya lebih kepada refleksi aku pada balak atau awek, laki atau bini yang sangat setia pada pasangan masing-masing walaupun tersiksa... aku salut... tapi untuk mereka-mereka yang setia dengan guna akal lah...
Pengalaman aku berkawan dengan orang yang berbalak dan berawek ni banyak... pasangan masing-masing ada yang perangai tak senonoh, separa gangster (cakap macam gangster, bila gaduh cabut..), macam bagus, perasan, perasaan (emo), kawalan eq yang rendah dan macam-macam lagi, tapi diorang tetap setia, tetap ada harapan bahawa pasangan diorang akan berubah (mungkin ditabur janji-janji)... diorang percaya yang semuanya akan ok... tapi tak semuanya jadi ok...
Ada jugak 2-3 kerat kawan-kawan aku yang jadikan aku tempat luah rasa... cerita pasal pasangan masing-masing... rasa macam selalu kena tipu, hidup kena control, dan macam-macam lagilah...bohong kalo aku cakap aku faham perasaan diorang.. pasal apa? pasal aku tak pernah lalu jalan itu lagi... rasa siksa sebab setia yang diorang lalui aku tak pernah rasa lagi.. aku mungkin boleh jadi pendengar yang baik, tapi penasihat yang baik, aku tak yakin boleh pikul tugas tu jika ianya melibatkan relationship...
Tapi ada gak 5-6 kerat kawan-kawan aku yang jadikan aku tempat simpan rahsia, rahsia yang diorang curang, simpan balak/awek lain... tapi masing-masing risau kalo pasangan dapat hidu... takut kalo kantoi... jenis mcm ni aku pun tak berapa nak paham macam mana perasaannya bila dapat pasang 2-3 nih... pasal apa? sama seperti di atas... aku tak rasa lagi macam mana bestnya mencurang tu... tapi kalo dah ada rasa takut kantoi tu aku rasa pencurang-pencurang ni masih lagi nak setia lah kan...?? cuma siksa sikit lah nak cover line tu bagi clear... siksa gak tu...
Tu baru cerita pasal curang, tak masuk lagi pasal balak/awek yang panas baran, yang suka control, yang macam bagus (aku rasa 2 kali aku tulis ni) dan apa bala lagi... jadi aku rasa "siksa jadi setia nih"....
Betulkan aku kalo aku salah....
nota lutut;
Tapikan, kalo kita tak bercinta, tapi terminat ngan awek orang, pastu dok tunggu dengan penuh harapan.. setia ke namanya tu? aku rasa tu cari nahas namanya...(nasihat pada sapa2 yang makan cili... )
8 comments:
Pernah Jugak Rasa Jadi Pendengar Setia Ni..
Kita Dapat Belajar Bila Mendengar Masaalah Org..Tapi Bila Nak Bagi Penyelesaian/Pendapat/Nasihat Tu..Aduh,Amat Berat Dirasakan,Sbb Kita Tak Berada Dlm Situasi Dia...
nota lutut :bukan ko ke? wahahhaha
Phew.. Nicely wrote. Salute~!
Kalau dalam hubungan, mesti ada kongkongan(kongkongan ni adalah untuk membentuk kepercayaan, kalau pun balak/awek tak pernah kongkong - tp diri sendiri kene tetapkan limit sendiri), mesti ada pahit dan manis(gaduh-gaduh tu benda biasa - tapi tak melibatkan aktiviti panas baran la ye.panas baran tu kes lain). Rasanya bila kita buka hati untuk sayang orang lain, kita jugak kene prepare diri untuk disakiti. Semua benda datang dengan impak baik dan buruk. Just my 2 cents.
mymindsmine : couldn't agree more, best ke mencurang?
Anonymous: ko ni mcm kenal plak aku sapa kan? kamonlah, kasi taruk nama tu... tapi nota tu sapa2 yang terasa lah.. better berundur... ko penah mencurang?
Gunblade IV: Timakasey..."Rasanya bila kita buka hati untuk sayang orang lain, kita jugak kene prepare diri untuk disakiti"... this i like.. hehehe.. thanks sebab share... akan dijadikan teladan...
itu bukan setia itu sathia amma.
bobp ~ mmg sakit jadi setia...huhuhu....
cincau ~ ape maksud sathia amma?
"Anonymous June 12, 2010 12:01 AM"
/// untung dpt pasangan setia; tp still wonder kenapa ramai yang tak bershukur dengan kesetiaan pasangan masing2... jgn setia sgt mcm hang tuah...
cincau;
/// sathia aku kenal... dgr crita pandai bikin kerabu sotong... hehehe...
bobp~yup untung mendapat psgn yg setia...tp sakit wooo......
Post a Comment