9.3.10

fikiran menerawang

Hari ni aku banyak berfikir... berfikir di luar kotak kerja dan hal-hal yg biasa aku fikirkan... walaupun tak banyak dan tak luas skopnya.. tapi aku rasa dah cukup untuk aku mempunyai sedikit perspektif baru dalam hidup aku yang huru-hara ni...

Selalunya aku tak sempat berfikir macam apa yang aku fikir hari ni... fikiran lebih sibuk kearah kerja... tapi hari ni ada ruang dan peluang... macam mana boleh berlaku?

Oklah.. hari ni aku cuti rehat (terima kasih kj) untuk perbaharui passport di Teluk Intan... (Misery Index.. here i come... korang jangan ngada-ngada nak batal plak...tiket aku dah booked, passport aku dah renew)...

Pukul 11.15 pg dapat nombor... aku kira-kira ada lebih kurang 50 orang lagi baru sampai giliraan aku....dari pengalaman yang lepas menemani seorang kawan bikin passport.... rasanya sempat aku lagi buat aktiviti makan-tido-solat-tidobalik-jalan2-amikgamba sebelum tiba giliran aku dipanggil... (itu rancangan awal aku)...tepat tekaan aku... kol 3.30 ptg baru dipanggil untuk proses dan kena datang balik pukul 5.00 ptg untuk collect passport tu... itu cerita lain...

Jadi dalam sela masa tersebut.. aku isi masa dengan berjalan-jalan di pekan.. opss Bandar Teluk Intan (parking sudah kena bayar) dan makan
rojak di Mastan Ghani sebagai makan tengah hari aku (sama ada hidung aku yang salah atau memang diorang ada letak setanggi kat situ aku pon tak tau...). Cuaca hari ini pulak memang cukup baik untuk snap beberapa gambar untuk asah skill ambik gambar aku di sekitar bandar ini.

Selesai.

Setelah itu aku pergi semula ke pejabat imegresen.. nombor giliran masih jauh..aku ambil keputusan untuk lepak di kerusi yang disediakan di luar pejabat sambil menghabiskan masa dengan membaca buku Siapa Kekah Bidan Sepiah (SKBS), ulang balik buku Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara, dan selak-selak beberapa zine yang dibeli di Pekan Frinjan 8 tempoh hari dari booth Ricecooker... ya, buku SKBS memang lama dah dapat.. bukunya taklah tebal.. tetapi baru hari ni dapat aku habiskan dengan sekali hadap... tiada aktiviti tido kali ni... aku memang dah sedia buku-buku ni dari awal sebab aku tahu masa menunggu itu amat siksa.. dulu bolehlah, ada teman untuk berbual.. ada juga aku berbual-bual dengan beberapa orang yang melalui proses yang sama macam aku.. tapi tak lama.. sibuk barangkali...

Kemudian aku jenguk balik ke dalam pejabat imegresen untuk melihat nombor giliran semasa.. ahh, jauh lagi... buku pun dah tak berminat untuk aku belek.... mula dari sini fikiran aku menerawang kepada persoalan-persoalan peribadi yang jarang dan tak pernah aku fikirkan...

Aku rasa tak perlulah nak ceritakan tentang apa yang aku fikir.. ianya peribadi.. tapi apa yang aku lalui hari ini mungkin boleh dikongsi untuk korang..

Bagi aku.. kalo nak berfikir tentang hal-hal sebegini, aku kena pergi satu tempat yang tak pernah atau jarang aku pergi.. tak perlu nak pergi jauh-jauh sampai ke pulau atau gunung... cari satu tempat yang fresh (dalam masjid mungkin lebih elok) untuk mencari solusi dan muhasabah diri...

Dalam masa terdekat ni mungkin ada beberapa perubahan berlaku dalam rutin harian aku.. tapi tak boleh mengejut.. nanti terkejut... sama macam nak berhenti merokok jugalah... kena pelan-pelan, satu-satu, step-by-step, baru badan boleh terima perubahan.. yang penting istiqamah, konsisten... aku pernah ada pengalaman demikian dan menjadi... Alhamdulillah..

nota tumit...
Mencari solusi sendirian memang payah...







0 comments: