1.1.12

Azam tahun 2012

Semalam, pada tahun 2011, saya menimbang berat badan saya.. berat..


Maka saya berazam untuk menurunkan berat badan saya pada tahun 2012 nanti..






Hari ini saya timbang lagi berat badan saya, sudah turun dua kilogram... 


Maka azam saya sudah tertunai...


Siapa cakap susah nak tunaikan azam?




Kah kah kah kah....




Nota kaki putar alam


Ramai yang buat azam tahun baru mesihi ni.. tapi rasanya tak 'specific', contohnya kalau nak turunkan berat badan tu, 'specific' ler sikit, berapa banyak nak turun, 'time frame' dia, sampai bulan berapa 'target' nak turun... yang berazam nak lebih berjaya pun ramai jugak, tapi berjaya yang macam mana, esok pagi kalau bangun solat subuh tu awal sikit dari yang selalu-selalu pun kira berjaya jugak... kan???

11.11.11

111111

Saja je nak ikut trend post tarikh ni...

Bagi orang lain, mungkin hari nikah diorang, mungkin hari dapat ahli keluarga baru (anak, menantu) dan lain-lain peristiwa yang istimewa.. tapi bagi aku tak ada yang istimewa sangat... cuma tadi dapat makan sarapan dengan tengahari free je lah... kalau ada sampai makan petang pun lagi bagus.. hehehe... terima kasih lah pada yang belanja...

Tapi cuba taip 111111 kat laman enjin pencarian Google, lepas tu tekan image... tak senonoh gak nombor 111111 nih.. haish..



6.11.11

Steve Jobs

Ini bukan Steve Jobs.. ini Dennis Ritchie.. marah benor nampaknya...


Assalamualaikum...

Aku sebagai pengguna Linux (dan kebanyakan pengguna Linux rasanya), ada pandangan yang berbeza tentang individu ini (Steve Jobs)... marketing memang padu.. tapi apabila dilihat dari pulangan balik kepada komuniti.. kurang sikit...

Dia buat aplikasi, dia jual... sama macam makcik jual nasi lemak kat depan taman perumahan aku juga... dia buat nasi lemak, dia jual... agak-agak ada rasa tak sedap sikit, komplen... untung-untung dia bagi baru, kalau tak, dapat senyum jelah.... cumanya makcik tu tak claim yang nasi lemak tu ciptaan dialah..

Ramai yang sibuk buat tribute kepada Steve Jobs.. Dennis Ritchie apa cerita?? berapa ramai yang tahu dia dah meninggal hanya beberapa hari selepas Steve Jobs meninggal?? banyak sistem, aplikasi bergantung pada hasil kerja Dennis Ritchie... yang aku dok sibuk-sibuk canang nama Dennis Ritchie ni, korang tau tak siapa dia?? Google kan ada.. takkan semua nak bersuap...

Bill Gates?.. Tunggu dia meniggal nanti baru nak canang nama dia... itu pun kalau dia meninggal dululah...

Lagi satu... yang aku dok sibuk nak post kat blog pasal benda ni petang-petang raya ni apahal???? Maaflah kalau ada yang terasa rugi 1 minit dari masa kamu orang yang baca post ni.. aku tak suruh pun...


p/s
Cuba cari cerita Pirates of Silicon Valley.. Bill Gates digambarkan sebagai orang yang nakal sedikit... hehehe... kalau nak yang pirate punya dalam format .avi aku ada...

6.8.11

Ramadhan

Assalamualaikum...

Amacam puasa kali ni? Ibadah ada up sikit ke dari yang lepas-lepas?

Dah masuk 7 hari dah puasa, satu pasar/bazar Ramadhan (param) pun aku tak terjah lagi, jenguk dari dalam kereta je... nafsu nak jalan-jalan beli juadah kat param tak timbul lagi...

Lagi-lagi dekat Lembah Kelang ni... susah nak parking... dan masa aku dok jenguk-jenguk dari dalam kereta tu, yang berlegar-legar kat param tu pun dah macam nak pergi disko dah aku tengok... yang sendat, tipis, dedah, semua ada... haish...

Ramadhan kali ni aku masuk into scene buka puasa kat masjid, Masjid Darul Ehsan, SS15, Subang Jaya, dekat dengan tempat tinggal aku sekarang...

Keluar dari ofis lebih kurang pukul 5.45 petang, terus ke masjid, tak balik rumah dulu, aku malas nak naik tangga rumah sewa aku yang tingkat 5 tu... bawak kain dan ketayap siap-siap... biasanya 6.30 - 6.45 aku dah sampai masjid, kalau ikutkan pukul 6 dah boleh sampai.. tapi biasalah jalan agak sesak sikit...

Untuk hari pertama dan kedua, aku i'tikaf je dalam masjid tu, hari ketiga, Allah buka hati aku untuk baca Al-Quran... ada part yang lancar, ada part yang merangkak... banyak lagi kena belajar sebenarnya.. kalau setakat kita pernah khatam 2-3 kali masa kecik-kecik dulu, dan Surah Yasin tu dah lancar kita baca sebab tiap-tiap minggu kita baca masa malam Jumaat, cuba baca balik dari Surah Al-Baqarah masa dah berumur ni, tengok macam mana dia punya pergi....

Untuk buka puasa pulak, di masjid ni buka dengan 3 biji kurma dan air mati je dulu, lepas tu solat Maghrib.. lepas solat baru makan berat... makan dalam talam kongsi 4 orang... dan nasi serta lauknya memang banyak.. bagi aku dah cukup mewah.... itu hari malam Jumaat siap jamu nasi beriani lauk daging tu... mungkin sebab masjid ni terletak di kawasan orang-orang yang berada kot...

Dekat masjid ni bukan setakat melayu je, orang-orang dari luar negara pun ramai, dari Arab, Pakistan, Kazakhstan, dan dari negara tan-tan yang lain.. muka macam orang Mongolia pun ada.... rata-rata mereka pelajar dari kolej-kolej yang berdekatan dengan Subang Jaya ni seperti Segi, Taylor's, Sunway College, Inti dan lain-lain lagi...

Lepas makan, ada kuliah Maghrib.. jadi masa tu terisi sampai solat 'Isyak.... Solat Tarawih kat sini buat 20 rakaat... Imam Al-Hafiz.... jadi qiamnya lama sikit... tapi aku buat lapan je.... pukul 10 lebih baru habis... kalau 20 rakaat, mungkin pukul 11 lebih baru habis...

Sahur pun aku makan ringan-ringan je... roti dan buah.. setakat ni puasa tu takdelah letih sangat lagi....

Setakat ni itulah rutin puasa aku dekat Lembah Kelang ni, akan-akan datang tak tau lagi... moga-moga dipermudahkan.... InsyaAllh... dulu pun aku pernah puasa di rantau orang ni, masa belajar dulu dekat area Serdang dan Taman Maluri, Cheras... tapi beza sangat dengan zaman sekarang... feel dia lain... susah nak terangkan...

Jadi sempena bulan puasa ni, kalau ada aku buat salah dan dosa kat siapa-siap tu, harap ampunkan lah ye...

nota kaki lenguh...
kaki masih lenguh lagi... jalan raya sesak awal pulak masa bulan puasa ni...

23.7.11

progres hidup

"Hari ini lebih baik dari hari semalam", majoriti pernah dengar ayat ini rasanya... kan?

Statik dan kehidupan apabila bersama adalah sama dengan bosan... betul tak?

Hidup ni kena ada progres... anjakan paradigma, dinamik, tak kisahlah apa pun terma yang mahu digunakan... tapi mesti sentiasa ada perubahan...

Aku adalah salah seorang pengguna jalan raya yang MEMBAYAR CUKAI JALAN yang jarang berperang dengan kesesakan lalu lintas....

Tapi untuk dua minggu lepas dan lebih kurang tiga bulan akan datang, aku akan rasa apa yang warga kota dok rasa tiap-tiap hari... kesesakan lalu lintas, parking tak payah tarik hand break, parking kena bayar, beli stok keperluan harian banyak-banyak sekaligus dan macam-macam lagi...

Jadi, apa perubahan yang aku dah lalui sekarang ini? Kahwin? Err.. belum, apakan lagi menimang anak...

Sekarang ni aku boleh baca buku sambil memandu... hah? amacam??

Aku tau ramai dah terer benda ni... tapi bagi aku, inilah dia progres hidup aku sekarang...

Dalam masa dua minggu ni, dua buah buku aku habiskan dalam kereta, sambil memandu... err secara literalnya bukan sambil memandu tu bermaksud sambil kereta tu bergerak, tapi masa kereta tu statik sebab kesesakan lalu lintas...

Ya, disaat kerta itu statik, aku pula progres.. hehehehe... buku yang aku baca pun jenis santai-santai sahaja, tak perlu kosentrasi yang tinggi...

Tahap stres pun dah menaik rasanya ni... tapi membaca itu adalah perlakuan yang boleh turunkan tahap stres aku...

Syukur rasanya dapat bekerja di kawasan kampung...


nota kaki lenguh...
lenguh kaki beb, kereta manual, aku dah berkira-kira nak bawa motor sekarang ni... dan itu Septic Flesh - The Great Mass sangat lazat....

13.7.11

apa nak jadi ni.. hah?


Baru sehari tinggal dekat kawasan Lembah Kelang, aku dah demam...

Sistem imunisasi aku yang lemah ke atau Lembah Kelang punya kadar pencemaran memang teruk?

31.5.11

Lembaga buat perangai

Mulai hari ni saya akan buat benda-benda ni sempena menyambut cabaran kerajaan..

  • basuh baju pakai kuasa tangan
  • berak tengah malam bawak lilin
  • masuk tidur awal
  • pakai kipas angin berdiri kalau panas... letak besen yang ada air depan kipas, baru ada sikit perasa penyaman udara... kipas siling banyak pakai letrik
  • baju kerja lepas basuh tak payah perah - rendam, angkat, lepas tu terus jemur pesen gantung-gantung..gi kerja tak yah gosok... (masa sekolah asrama selalu buat ni.. senang sikit kalau ada pengalaman)
  • agak-agak tak boleh jimat gak, bikin khemah depan rumah... tinggal kat situ je
  • siapa-siapa yang ada cara lain bolehlah bagi tahu kat saya...

Lembaga Letrik Negara memang perangai lembaga.. tukar namapun sama jugak perangai dia...

Sekian, terima kasih.